Isu Keluarga

Dulu aku kagum dengan semangatnya memajukan diri dan banyak membantu semasa aku di universiti dulu

Assalam min, aku seorg perempuan umur 27. Aku ada bf umur 31. Kami tinggal satu negeri berlainan daerah di pantai timu. Aku seorg penjawat awam gred41, manakala bf aku kerja guard sahaja dgn gaji rm1900 sebulan.

bf aku pun ada degree dulu dan dia pernah jd manager fastfood kat KL dulu. Dia resign kerja tu dan balik kampung dpt jadi guard. Aku sedih dgn bf aku tu sebab tak mahu memajukan diri, bukan tak ade degree, ada degree.

banyak kali dah exam SPA dia gagal semuanya gred41tapi aku tgok dia buat tak tau je, lulus tak lulus sama je bagi dia.
Dulu aku kagum dengan semangatnya memajukan diri dan banyak membantu aku semasa aku di universiti dulu dan banyak bantu keluarganya ketika jd manager dulu

sampai kreta pun dia tak pernah terfikir nk beli sebab malas nak fikir installment bulan2 katanya. kini aku tgok bf aku kurang serius dengan hubungan kami. Dia selesa dengan kerjaya dia sekarang sebagIi guard shaja, bahkan pihak atasan syarikat dia tahu status dia cuba nak naikkan dia ke pangkat tertinggi tetap dia tolak itu semua.

 

Katanya jadi guard lebih tenang, tak perlu serabut kepala. Pergi kerja ulang alik pun naik moto kapcai je. Aku akui bf aku seorg yang baik, nak kata dia kedekut tak gak sebab duit gaji dia banyak dibelanjakan untuk family dia.

Seolah2 kini dia selesa dalam dunianya shja dan aku pernah cuba merajuk tak layan dia sebulan, tapi dia tak dtg cari pun aku. Aku sedih, dia dulu banyak bantu aku jadi kalau aku cari orang lain aku akan khianati dia pulak. Dia selesa di dunianya shaja. Buntu aku min dia tak berusaha nak halalkan aku dan cari kemajuan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.