Isu Keluarga

Selepas dia berterus terang aku terus minta gambar dia Alahua mengucap panjang bila jiran akuJanda anak 3  lagi lawa min.

Salam LoB Min aku tak dapat tdo malam ni terkenangkan awek  aku. Ingat lps pkp ni aku nak lamar dia, tapi impian aku musnah bila dia tipu aku.

Cite nya macam ni, aku kenal sorang awek dari app dating. Awek lawa keje staff nurse, body mantap gila, putih melepak, kurus tinggi, rambut panjang perrggh memang idaman aku lah awek perfect macam ni lagipun aku teringin ada isteri yang kerja kerajaan.

3 tahun kenal tapi dia langsung taknak VC. Memang tak pernah jumpa lah sebab aku dok keje kat borneo ( tapi aku bukan org borneo)  dia lak dok perak.  Ok dipendekkan cerita, aku dah bincang pada mak ayah aku, aku siap tunjuk gambar dia, mak ayah aku pun suka.

Pastu aku ada call mak ayah dia kalau lepas pkp aku nak mai datang melamar. Kalau boleh nak nikah terus sebab aku dah sayang dia sangat2.

Baru2 ni dia ada berterus terang dengan aku kalau sebenarnya dia bukanlah bekerja sebagai staff nurse, tapi hanya pekerja pasaraya yang bergaji rm 700 sebulan. Dan dia juga kata kalau gambar yang ditunjuk pada aku adalah bukan gambar dia.

Dan dia minta maaf sangat2 lalu meminta aku meneruskan hajat melamar kerana dia dah dari niat bersuka  suka tapi tersuka tanpa sengaja? Tapi dia tak fikirkan perasaan aku?

Aku berharap dapat isteri kerja kerajaan dan sencantik dalam gambar itu, tapi kenapa aku ditipu oleh wanita kerja pasaraya yang bergaji rm 700 sebulan?  Aku bengang sampaikan demam selama 2 hari.

Sedih bila ditipu. Selama 3 tahun aku bersabar dan mengalah. Bila dia mraajuk aku pujuk, bila aku merajuk takde sape pujuk. Tp demi dia, aku buang ego aku.  Aku pujuk dia. Tapi ini yang aku dapat.

Selepas dia berterus terang aku minta gambar dia Alahuakbar mengucap panjang bila jiran akuJanda anak 3  lagi lawa min. Berat dia aku syak 100kg. Muka penuh jerawat, lagi satu yang aku sakit hati sangat, umur dia tua 7 tahun dari aku.

Sebelum ni mengaku sebaya aku. Aku kecewa sedih sgt. Apa aku nak cakap dengan mak ayah aku. Aku dah buat persiapan nak lamar dia. Kenapa ini yang aku dapat?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *