Isu Keluarga

Ini kisah keluarga teman lelaki saya selama 3 tahun bakal bapa mertua ada berhutang dengan along

Assalamualaikum admin. Tolong hide profile saya ya. Zaman sekarang saya rasa bukan sahaja kita kena check background pasangan yang akan kita kahwini tapi juga background ahli keluarga terdekat pasangan, seperti bakal mertua dan juga ipar duai.

Kena buka mata dan pasang telinga perihal keluarga bakal mertua. Check jika bakal mertua ada monthly commitment seperti loan bank, ahlong atau pajak gadai. Jika ada kena tahu siapa yang bayar dan berapa RM sebulan.

Kena tahu selain dari duit belanja bulanan, apa lagi yang pasangan kita bantu. Check jumlah commitment bakal mertua. Kalau bernasib baik dapat berkenalan dengan sepupu atau saudara terdekat pasangan kita tu lagi bagus.

Sila lah cari peluang untuk bertanya bagaimana sikap bakal mertua, sikap bakal ipar semua. Malas kerja ke, kedekut ke, drug addict ke, ada kes mencuri atau menipu ke, pedophile ke. Bukan apa, sebab benda nih semua akan jadi isu besar untuk jangkamasa panjang.

Ini kisah keluarga teman lelaki saya selama 3 tahun bakal bapa mertua ada berhutang dengan along berkenaan bisness. Lepas tuh bisnes ke mana, hutang ke mana, interest ke mana. Setiap bulan pasangan saya  bayarkan interest pinjaman 1k tu, setakat ni dah 3 tahun.

Yang sedihnya, bakal adik-adik ipar semua bekerja tapi takde rasa nak membantu langsung, alasan gaji mereka kecik. Pasangan saya buat 2 kerja dalam satu hari, untuk simpanan kami berkahwin dan tanggungjawab bulanan dia kepada mak bapak dia di kampung.

Bakal adik-adik ipar memang bergaji kecik, dalam 1k sebulan tapi duduk free dengan bakal mertua, belanja dapur, duit nak bayar bil-bil pun bakal mertua mintak dengan pasangan. Duit bayar api, air kadang-kadang duit nak beli gas masak pun minta dengan pasangan.

Saya kira-kira, pasangan saya transfer 2k juga sebulan ke ibu bapanya. Belum lagi kira sakit pening bakal mertua, bakal adik ipar boleh minta duit dari pasangan sebab nak bawa mak yang duduk serumah dengan dia pergi clinic.

Ubat-ubat bakal mertua saya, pasangan saya akan beli di bandar lepas tuh post ke kampung, setiap 2-3 bulan. Kadang-kadang (5-6 bulan sekali) bakal mak mertua telefon mintak belikan itu ini, sebab jiran depan ada, yang terbaru, mintak dibelikan periuk Dessini satu set, sebab di jiran belakang guna periuk tu, goreng telur tak melekat.

Sebelum ni minta duit nak beli katil ceragem apa ntah tu, bakal mak mertua kata boleh ubat penyakit darah tinggi, lenguh dan sakit badan, sebab kawan dia pakai terbukti berkesan. Terdiam saya bila tau harga katil kalau cash 10k, hutang 15k. Tak taulah saya, jadi beli ke tak katil tu.

Itu baru cerita pasal duit. Belum cerita kisah perangai bakal adik-adik ipar lagi, yang lelaki, yang perempuan semuanya jenis tak jujur dan panjang tangan. Mencuri barang orang, mencuri di tempat kerja, bila kena tangkap dengan boss, bakal mak mertua call minta pasangan saya transferkan duit, sebab nak ganti duit atau barang yang anaknya curi.

Yang perempuan seorang lagi, kaki melagakan orang. Saya belum lagi jadi keluarga mereka, dah dilagakan dengan pasangan saya. Tapi kami berkawan lama, jadi dia kenal saya macamana. Bakal ipar yang sorang lagi, suka berjudi dan saya syak hisap syabu juga.

Bila orang mengadu yang anaknya mencuri, menipu, bakal mertua tak percaya, pada mereka anak mereka baik. Orang yang mengadu tu pula dikatanya jahat.
Jadi setelah saya fikir habis-habis dan pertimbangkan, saya buat keputusan untuk memutuskan perhubungan kami ni.

Saya pernah tanya pasangan, sampai bila nak bayarkan interest loan? Nak tunggu siapa yang mti dulu? Pasangan saya diam, tiada jawapan. Setakat bayar bil dan belanja dapur saya tak kisah, tapi kalau semua perbelanjaan atas bahu dia, macamana dah kahwin nanti.

Pasangan memang lelaki yang sangat baik dan taat pada ibunya, sebab itu jugalah saya tak dapat teruskan perhubungan, kerana untuk jangkamasa panjang, salah seorang akan makan hati dan merana.

Saya nampak walaupun dah kahwin, commitment bulanan pasangan saya tetap sama malah akan bertambah nanti. Saya pun tak sanggup nak dermakan gaji bulanan saya untuk mengganti duit orang yang dicuri oleh adik-adik ipar, nak belikan barang yang diminta oleh mertua.

yang tak boleh tengok orang ada apa, dia pun kena ada juga, walaupun barang tu tak penting pun pada dia. Satu benda yang saya kesalkan, setiap kali call, bakal mertua, eh mertua tak jadi saya tak pernah tanya khabar bekas pasangan pun, tak pernah tanya dia ada duit ke tak.

Call, lepas tu terus bagitahu dah due nak kena bayar bunga ahlong, minta transfer duit, dah dapat duit nanti diorang senyap sampailah bila perlu duit lagi, nak bayar bil api RM400 (jangan tanya kenapa bill tinggi, diorang kata tak tau) barulah dia cari anak dia yang diperantauan ni.

Diorang bukan tak tau pasangan saya buat 2 kerja, tidur 4jam setiap hari, tapi buat-buat tak tau, pada diorang, pasangan saya boleh cari dan adakan permintaan diorang. Jadi, sebelum saya murung dan depression, baik saya undur diri.

Jadi lepas nih, andai saya ada hubungan yang serious lagi, bakal family mertua akan saya perhatikan habis-habis. Isu duit dalam perkahwinan boleh mendatangkan mudarat dan saya setuju dengan slogan biar tak hensem tapi kaya. Perempuan akan bahagia bila sentiasa berduit, pada saya lah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *