Isu Keluarga

Pada mulanya perkenalan kami hanya biasa biasa sahaja tetapi berlarutan sehingga dia selalu chat setiap hari

Assalamualaikum and hi. Saya ada berkenalan dengan seseorang lelaki ni. Saya namakan dia Amir. Hati saya neutral terhadap Amir,  tidak suka mahupun suka sebab tujuan saya ingin mahu berkenalan dan kenal hati budi dia dahulu.

Pada mulanya perkenalan kami hanya biasa biasa sahaja tetapi berlarutan sehingga dia selalu chat setiap hari.  Amir selalu mulakan perbualan dengan saya tidak kira pagi, petang dan malam. Amir juga selalu ambil berat tentang diri saya.

Sebenarnyaa saya keliru dengan perasaan saya sama ada dia ada perasaan dengan saya atau tidak. Tingkah lakunya yang membuatkan saya tertanya-tanya.
Ada suatu hari,  saya chat dia dan tanya tentang apakah status perhubungan kami.

Saya tanya sebab ingin mahu kepastian dan ingin clear semuanya.  Amir kata, dia anggap saya sebagai “Bestfriend”  dia.  Selepas saya mendengar jawapan daripada Amir,  saya lega sebab dia cuma anggap saya sebagai kawan baik dia sahaja.

Cuma persoalannya,  saya tertanya,  kalau dia anggap saya sebagai bestfriend dia,  kenapa dia layan sayaa macam lebih seorang kawan? Saya memang belum ada perasaan dekat dia cuma saya takut kalau suatu hari nanti saya mula jatuh hati dekat Amir.

Dahlah Amir anggap saya seperti bestfriend dia je.  Bagi saya,  perkataan bestfriend yang diutarakan oleh Amir itu cuma kawan baik sahaja. Tidak lebih dari itu. Ke saya silap?
Saya tak faham apa yang Amir maksudkan perkataan bestfriend tapi dia layan saya seperti terlalu istimewa sangat.

Apa perlu saya buat?  Adakah saya patut pergi?  Sebab saya taknak buang masa dan saya takut suatu hari nanti saya ada perasaan terhadap dia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *