Isu Keluarga

Selama aku kenal Bella aku tak pernah sentuh dia walaupun dia dah bagi hint nak minta disentuh tapi malangnya Bella adalah janda

Salam min. Aku ahli baru dalam group ni. Kalau ada salah silap, tolong beri tunjuk ajar. Aku nak confess pasal perempuan penipu yang aku kenal. Aku bekerja sebagai seorang guard.

Bukan nak sembang apa?  Walaupun aku kerja guard, berbaris perempuan terkejar2 pada aku, doktor, inginer, polis,  peguam semua nak kat aku. tapi aku hanya setia pada seorang wanita bernama Bella.

walaupun bela berusia dariapda aku, (Aku 24 Bella 31 tahun) tapi aku sangat sayang dan ikhlas cinta pasa Bella. Bella kerja sebagai seorang guru,  tapi Bella tak malu bila bercinta dengan seorang guard seperti aku.

Bila hujung minggu, Bella bawak aku jalan2 guna kereta dia, aku tak ada kereta, motor je tak ada, tapi aku ada sekeping hati yang setia, sebab tu Bella sayang sangat kat aku,  kalau keluar dating, Bella akan belanja aku makan, tengok wayang, Bella faham kalau gaji aku tak besar mana.

Takat 2k je, 1k aku bagi kat mak, 1k lagi aku bayar sewa rumah, isi minya moto, dan makan, habislah 1k tu. Tapi Bella faham. Dia kata pada aku, kalau aku terima dia apa adanya. Dan kalau nikah, dia nak aku tinggal rumah dia.

So aku tak perlu bayar rumah sewa lagi. Aku nak sangat nikah dengan Bella tapi family Bella duk luar negeri, so memang payah lah aku nak jumpa family Bella. So kami bersabar tunggu keadaan  mengizinkan.

Selama kenal Bella, aku tak pernah sentuh dia, aku hormat dia, sebab aku nak rasa nikmat malam pertama yang halal, aku taknak rosakkan Bella, walaupun dia dah bagi hint nak minta aku sentuh dia tapi malangnya, terkantoi Bella adalah janda anak 2.

Anak Bella dia jaga oleh ibunya di kampung, memula kenal dulu Bella berkata kalau itu adalah adiknya. Bila aku stalk fb family Bella. Baru aku tahu kalau Bella janda anak 2. Ya Allah betapa kecewa nya aku. Aku selama ini jujur, setia, tapi penipuan yang aku dapat.

Aku memang takkan nikah dgn janda sebab aku geli dengan bekas2 orang lain, tapi aku sayangkan Bella sangat dan aku nak tunaikan janji lepas nikah nanti aku nak duk rumah dia. Aku buntu nak fikir. Hati aku dah berbolak balik.

Dah sebulan aku tak hiraukan Bella. Dia merayu2 minta maaf. Tapi hati aku dah tawar. Dalam masa yang sama. Aku masih sayangkan dia. Cuma aku takut nanti ditipu lagi.

Aku hanya seorang insan yang lemah dan inginkan seorang wanita jujur disampingku. Maafkan aku bela,  disebabkan penipuanmu membuatku berubah hati.

Leave a Reply

Your email address will not be published.