Isu Keluarga

Hari raya tahun lepas dia adalah bersama saya tapi peritnya rasa bila saya melihat fb isterinya baru2 ini dgn caption selamat hari raya suamiku

assalamualaikum min,  hrap boleh hide profil saya. di bulan mulia ni , saya tak sangka akan jadi benda buruk ni. saya pernah bercinta dengan seorang lelaki pada waktu pkp pertama tahun 2020.

lelaki tersebut hanya sedang kursus di kawasan saya dan mengaku dia bujang. setelah 3 bulan berkawan dan dia tamat menjalani kursus , dia tinggalkan saya dan hilang tanpa berita.

sepanjang saya berkawan dengan dia , dia sanggup datang jauh untuk jumpa saya setiap minggu. apa yang jadi setelah dia tinggal saya , saya cari dia sampai dapat menggunakan kawan2 saya.  hanya kerana saya nak tahu apa salah saya.

tapi hasil yang saya dapat adalah dia tipu nama dia , dan paling perit adalah saya dapat tahu dia suami orang. saya hanya ws dan bagi salam . Sebelum berkata dengan lebih panjang , saya fikir biarlah dengan apa yang dah jadi.

saya lebih memikirkan perasaan isteri dan anak dia jika dapat tahu hal ni. Hari raya tahun lepas dia adalah bersama saya tapi peritnya rasa bila saya melihat fb isterinya baru2 ini dgn caption “selamat hari raya suamiku,  pulang segera anak merinduimu ” . (fb laki ni saya search lepas dpt tahu nama sebenar, dan sekaligus saya melihat gmbar²  isteri dia )

Setelah setahun berlalu dan pada minggu lepas , tiba2 dia ws saya dan berkata dia sayangkan saya. dan ingin jadikan saya sebagai isteri kedua dia. baju yg saya bagi dia pakai setiap hari , sehingga bini dia curiga kenapa selalu dia memakai jaket yg sama.

Lepas basuh pakai dan lepas basuh pakai. gmbar passport saya dpt tahu ad di laci office dia . apa yg bermain dalam hati adalah, apakah dia tidak jatuh talak terhadap isterinya ketika dia mengaku dia bujang dahulu. Bagaimanakah di akhirat nnti. adakah saya bersalah terhadap isterinya ?

Leave a Reply

Your email address will not be published.