Isu Keluarga

Aku nak kongsikan cerita tentang seorang perempuan yang sangat aku sayang aku gelarkan dia N

Salam min dan ahli LOB. Sorry min, aku pakai akaun fb adek aku. Aku cuma nak luahkan kekusutan di hati ni.

Aku nak kongsikan cerita tentang seorang perempuan yang sangat aku sayang aku gelarkan dia N.. Hubungan aku dan dia dah masuk 4 tahun. Bercinta dari sekolah menengah lagi.

Dia tua setahun dari aku dan sekarang dia tengah sambung belajar(diploma). Aku tahu usia kami masih muda tapi aku memang serius nak kan dia.

Dia perempuan pertama yang buatkan aku serius nak jadikan dia sebahagian daripada hidup aku sampaikan aku sanggup belajar jauh2 sebab aku fikir, bila aku berjaya nanti dan dapat kerja pastu dalam beberapa bulan atau setahun macam tu, aku nak terus masuk meminang dia.

Tapi hubungan aku dan dia dah berakhir bulan lepas hanya disebabkan salah faham. Aku akui, salah aku sebab jadikan sesuatu tu habit sampaikan dia akhirnya mengalah. Tapi aku betul2 menyesal.

Aku sayangkan dia. Dia perempuan yang baik, selalu support aku, terima aku walaupun aku tak berduit lagi masa ni.. Tak pernah pun dia minta lebih2 dekat aku dan paling penting dia setia menunggu aku even aku belajar jauh Dan sekarang..

Aku ada cuba pujuk dia tapi dia bagi ayat yang cukup untuk buatkan air mata jantan aku jatuh.. Dia cakap dia masih sayangkan aku tapi dia dah tak nak kongsikan lagi perasaan tu macam dulu dan dia kata gak yang dia dah berhenti tunggu dan takkan tunggu aku lagi.

Kiranya memang dah takde harapan ke untuk aku? Aku rasa semua ni cam mimpi dan kalau betul, aku harap aku disedarkan dengan cepat..

Leave a Reply

Your email address will not be published.