Isu Keluarga

Bila akhirnya saya buka hati saya untuk dia dua ke tiga bulan lepas tu tetiba dia bagi tahu kalau dia nak kahwin balik dengan bekas wife dia

Min, tolong hide profile saya ye and please saya harapkan komen2 yang tidak menyakitkan hati. Kisahnya begini, saya kenal dengan sorang lelaki ni, duda ada anak. Masa awal kenal, memang saya ingat dia dah kahwin, so saya tak layan pun.

Then, dia bagi tahu yang dia dah lama cerai, in fact dah dua kali cerai dah sebelum ni. Cerai kali kedua pun tak sampai setahun pun lagi. Bila akhirnya saya buka hati saya untuk dia dua ke tiga bulan lepas tu tetiba dia bagi tahu kalau dia nak kahwin balik dengan bekas wife dia.

Alasan dia sebab kan anak2. Selama dua ke tiga bulan dalam fasa masih nak kenal hati budi masing2, saya tak pernah langsung halang dia pergi ke rumah dia kat sana jumpa ex wife dia untuk jumpa anak2. Rumah tu memang rumah dia beli sendiri, tapi dia biarkan je ex wife and anak2 stay, and still bagi nafkah.

Malah, saya selalu jugak tanya2 khabar pasal anak2 dia walaupun tak pernah jumpa budak2 tu sebab kan masih PKP. Kitorang putus sebabkan perkara ni.

Then dia datang balik cari saya sebab tak nak tinggalkan saya, tapi bila dia cari saya balik and tak jadi nak kahwin balik dengan ex wife dia, ex wife dia decide tak nak bagi dia jumpa anak2 lagi walaupun hakikatnya, saya tahu ex wife dia sakit hati sebab cepat sangat dia ada pengganti lain.

 

Banyak kali dia cuba call, video call ex wife untuk bercakap dengan anak2 dia, tapi tak pernah sekali pun ex wife dia answer. Alasan dia, tak nak anak2 kecewa sebab ayah diorang tak ada kat rumah macam sebelum ni dah.

Saya selalu fikir, salah saya ke berkenalan dengan dia walaupun masa tu status dia memang dah cerai. Salah saya ke punca diorang tak jadi kahwin balik?

Setiap Kali dia cuba call ex wife dia sama ada depan saya atau time dia tengah kerja or balik kerja, untuk bercakap dengan anak2, ex wife tak pernah answer, saya yang terasa bersalah walau dia banyak kali cakap, tak perlu pun nak rasa semua tu,

dia yang buat keputusan untuk balik pada saya, minta saya terima dia balik, tapi ni lah harga yang dia perlu bayar. Saya tahu dia rindu anak2 dia, tapi jodoh tak panjang antara dia dengan ex wife. Saya tahu ada hikmah dengan apa yang berlaku, tapi tu lah. Tak nampak and tak tahu nak buat macam mana lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.