Isu Keluarga

Aku nak cerita pengalaman buruk aku kenal dengan berberapa orang lelaki melalui app Facebook Dating.

Hai semua LOB and admin, Aku nak cerita pengalaman buruk aku kenal dengan berberapa orang lelaki melalui app Facebook Dating.

Yang first, bujang ok dah tapi perangai buruk. Selalu mintak pinjam duit last last tak bayar pun. Mulut maki maki. Sampai sekarang mintak duit dengan aku. Yang ni totally jantan sampah.

Second, ok dah nice bujang, kerja ok, rupa pun ada. Ajak aku keluar. Belanja makan. Lepastu nak aku “BELANJA” dia pulak. Ah memang tak la. Gila ke. Lepastu aku dapat tahu. Rupanya dalam status tunang orang masa berkenalan dengan aku tu. Baru je kawin few days ago bulan 8.

Ok third. Bujang jugak. Arghh.. yang ni aku lagi la. Yang ni sama baya aku tapi ye la laki sama baya macam mana sangat. Yang ni takde lansung ke arah perkahwinan. Jumpa aku asyik ajak nak main je. Lepastu nak mintak ringan ringan. Out terus.

Ok yang ni the latest one. Huh! Laki orang weiii!! Ok la mula mula everything look nice. Macam single. Kerja pun sama bidang dengan aku. Entah betul ke tak still kerja sama bidang dengan aku. Rupanya lepas aku stalk. Laki orang ada anak sorang. Anjayy!!!

Arghh penat laa macam ni. Kenapa aku asyik jumpa lelaki sampah je. Korang doakan la aku jumpa jodoh yang elok elok. Aku gadis biasa je. Education ada. Kerja ada. Insyaallah boleh masak. Insyaallah solat.

Kawan kawan dah start ada partner masing masing. Dah slowly start kawin. Aku just nak someone ada di sisi aku. Sebab aku kerja sensorang di kota metropolitan. Dalam setahun dua lagi aku nak kawin. Tak nak dah duduk sensorang. Kawan kawan semua jauh. Family lagi la jauh. Doakan untuk aku ye semua. Tq admin.

Luahan Orang Bujang-

Leave a Reply

Your email address will not be published.