Isu Keluarga

Well dalam takut takut aku kenal jugak dengan orang lain dan dalam aku kenal orang lain lelaki terbaik dalam hidup aku nie berubah sikit

Hai LOB! Aku nak gunakan medium nie nak luahkan sikit lah apa yang aku sedang lalui. Mungkin korang yang bujang tu boleh nasihat aku kot atau bagi kata kata semangat. Hahaha

Okay aku gadis and hampir nak ke 30-an dan masih bujang. Nak kata cantik tu entahlah tapi ada je kawan2 cakap aku makin cantik hehehehe and aku tengok cermin kan , aku rasa takdelah hodoh mana wehh.

Aku nak luahkan macam mana aku tak pernah rasa dihargai. Aku tahu akan ada yang cakap “belum jodoh lagi” “you deserve better” “bukan jodoh lah tu” tapi tipulah kalau korang taknak rasa dihargai , atleast sikit.

Aku boleh cakap aku tak pernah rasa aku ada bf. 2017 baru aku start nak kenal seseorang tapi aku ditinggalkan , 2018 and 2019 pun sama aku ditinggalkan. Sebab 2017 and 2018 aku ditinggalkan and kecewa , so aku pesan kat diri aku

“2019 aku tak akan nangis sebab lelaki , tak ada orang yang boleh sakitkan hati aku” but still sekarang aku tengah kecewa.

Dalam tempoh setahun nie aku kenal seseorang lelaki yang terbaik aku kenal dalam hidup aku , yang sentiasa ada untuk aku , bantu aku dalam kesusahan tapi satu je aku tak tahu.

Aku tak tahu apa perasaan dia kat aku sebabnya aku dan dia jarang berhubung. Mula mula aku tak boleh terima , kadang2 tu dia bluetick je aku tapi makin lama aku boleh terima .

Aku tak kisah kalau dia tak text aku. Tapi aku rasa aku boleh terima cara dia sebab aku tak ada perasaan kat dia tapi dalam masa yang sama , aku takut nak kenal orang lain sbb aku takut dia simpan perasaan kat aku dan aku kecewakan dia.

Well dalam takut takut aku kenal jugak dengan orang lain dan dalam aku kenal orang lain lelaki terbaik dalam hidup aku nie berubah sikit. Aku ajak keluar tapi dia macam mengelak ,

Aku tak tahu betul ke tak sangkaan aku yang dia mengelak tu and dia bluetick aku. So aku pun kenal orang lain , sebab bagi aku kitaorang tak ada apa2 hubungan and tak salah kot kalau keluar dengan lelaki lain.

Lelaki seterusnya nie mula mula nampak lah dia excited dengan aku tapi lepas jumpa , aku rasa dia dah tak excited macam mula mula tu. Aku decided untuk taknak text dia pun tapi tangan aku nie gtal betul.

Aku dah boleh agak respond dia apa tapi still aku text dia and aku kecewa. Dia pun bluetick aku. Tak ada ke lelaki yang serius dengan aku? Aku kecewa , aku selalu pesan kat diri aku “nobody care about me” .

Aku sampai berdoa mintak Allah hilangkan perasaan nak disayangi kalau betul aku nie tak layak untuk dihargai. Sebab aku taknak terluka, sakit terluka tu aku je tahu dan aku sangat terluka

aku selalu berfikir mereka mereka yang buat aku terluka nie kecewa tak kalau aku bertunang or kahwin? Dan aku berangan kalau aku bertunang , aku nak buat caption “maaf andai ada yang terluka” hahahahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published.