Isu Keluarga

Aku ingat lagi min satu hari tu aku pernah tanya mereka aku cantik tahap mana tapi jawapan diorang kata aku ni biasa je

Assalamualaikum min. Minta hide profile ya. Aku nak luah sesuatu. Agak panjang, siapa nak baca, baca lah. Aku taktahulah sama ada ibu bapa tahu ke tak benda ni.
Anak-anak ada hati dan perasaan juga.

Family aku, suka hina fizikal aku. Dia cakap aku ni besar, padahal tak kahwin lagi. Macam mana nak dapat boyfriend? Aku ni min, takdalah gmuk mana. Aku berisi je,. Dulu pakej sekali dengan muka berjerawat, alhamdulillah sekarang dah bersih sikit tinggal parut je.

 

Bila kat rumah, aku lebih prefer duduk dalam bilik. Sebab aku rasa, takda siapa yang sakitkan aku. Family aku pernah tanya “kenapa suka duduk dalam bilik je, duduklah sama-sama dengan kitaorang”. Soalan tu agak lucu bagi aku. Sebab apa? Bila aku bercakap, ada ke yang betul-betul mendengar?

Bila aku bercerita, ada ke yang betul-betul berempati? Bila aku kongsi pendapat, ada ke yang betul-betul cuba memahami, selain mengkritik? Paling aku terkesan setiap kali aku duduk bersama mereka diorang akan suka cakap pasal fizikal aku.

Aku ingat lagi min satu hari tu, aku pernah tanya mereka aku cantik macam mana? Aku suka-suka je tanya, sebab aku bosan. Tapi jawapan Diorang kata aku ni biasa je. Diorang bagi aku range 6/10, aku okay je masatu. Tapi diorang sambung lagi, “tapi kalau si N tu 8/10, dengan anaknya S tu 9/10. Muka diorang cantik, kurus”.

Aku ketawa je masatu, dalam hati betapa remuknya aku. Aku teruskan berbual sikit, nak coverlah nampak macam aku tak terkesan sangat. Lepastu aku masuk bilik air. Aku nangis dalam bilik air sambil buka paip kuat-kuat.

Orang kata, motivasilah buat aku untuk kurangkan berat badan. Aku perempuan min, naluri aku memang untuk nampak cantik. Tapi orang lupa, tak semua orang boleh terima teguran dengan cara menyindir.

Somehow, penghinaan atas diri aku ni dah jatuhkan keyakinan aku. Aku jadi benci diri aku sendiri, aku malu nak jumpa dengan orang, aku anggap orang hanya memandang rupa aku, aku terlalu fikir tanggapan orang kat aku.

Benda ni sangat tak bagus untuk mental aku. Since aku ni budak ‘perubatan’, aku ada belajar pasal psychology. Aku dah nampak simptom-simpton yang aku takutkan selama ni.

Kena bodyshaming, faceshaming dengan orang lain aku okay lagi min. Tapi ni kena dengan orang yang aku sayang, yang aku percaya, lain rasa dia min. Aku tak kisah orang nak cakap aku ni terlalu amik hati ke apa, diorang bukan aku, diorang takda perasaan macam aku, takda dalam situasi aku.

Cara kita menerima dan respon terhadap sesuatu berbeza, mungkin bagi orang lain benda ni biasa, tapi bagi aku tak. Aku pernah berjanji dengan diri aku, kalau satu hari nanti aku berkahwin dan diberikan rezeki ada anak, aku takkan sesekali merendahkan fizikal anak aku,

jaga mental dia baik-baik, sebab aku taknak dia rasa sakit macam aku. Salah satu sebab aku masih bertahan, aku tulis perkara-perkara yang aku patut syukuri. Keluarga aku cukup, ibu bapa masih bersama, adik beradik masih menolong.

Alhamdulillah. Aku cuba buang yang keruh, amik yang jernih. Mungkin ni pengajaran untuk aku. Aku cuba tepis perasaan ni dengan listkan benda yang indah. Takpalah.. Aku terima, tapi aku tak mampu lupakan setiap perkataan yang dilontar.

Ni bukan cerita aku tak bersyukur, ni sekadar luahan dari hati, satu ‘muka’ yang aku sorok dari dunia. Jadi aku nak berpesan kat semua orang diluar sana, janganlah sesekali hina fizikal orang lain walau siapa pun kita, siapa pun mereka. Kita nampak dia ketawa. Tapi, dalam hati siapa tahu?  Terima Kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published.