Isu Keluarga

Suami orang ni pula isteri dia frontliners Dan pernah dijangkiti c0vid sehingga hubungan dia dan isteri jadi renggang

Salam, hide kan fb saya ye. Terima kasih Saya dah bertunang Dan dia bekerja dekat Singapore tapi dalam masa yang sama ada hubungan dengan suami Orang. Saya tahu saya akan dikecam teruk tapi saya tak dapat elak perasaan ni.

Ceritanya sejak pendemik ni tunang saya tak dapat balik Malaysia sudah hampir 2 tahun last jumpa raya 2019 jadi saya kadang2 penat tunggu. 4 kali dah batal majlis nikah.
Suami orang ni pula isteri dia frontliners Dan pernah dijangkiti c0vid sehingga hubungan dia dan isteri jadi renggang..

Dia banyak mengadu dia  sunyi dia rindu isteri rindu mcm dulu la apa lah Dan saya jd pendengar. Tambah Pula dia dengan isteri takda anak. Waktu isteri dia shift malam memang akan kami akan luang masa bersama, saya akan tidur Di rumah dan kami beberapa kali terlanjur..

Saya nak berterus terang dengan tunang Dan akhiri hubungan ni tapi beberapa Hari ni tak dapat contact tunang, Dan hubungan dengan suami orang jugak saya Nak akhiri sebab dia jujur sayang kan isteri dan saya hanyalah pelepas nfsu.

Mintak pandangan ahli group, saya terima dengan apa sahaja yang anda komen. Yang baik saya ambil yang buruk saya biar berlalu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *