Isu Keluarga

Baru2 ni Aku kenal dengan sorang lelaki yang mengaku bujang dan lelaki ini mengatakan kalau dia nak memperisterikan aku

Salam semua. Aku sudah bertunang hampir 2 tahun. Tunang aku bekerja sebagai polis di sarawak, aku pula kerja sebagai nurse dekat Kl. Aku dan tunang sama je orang kL.

Berkali2 buat permohonan transfer tapi masih tidak ada harapan, so kami teruskan hidup pjj. Aku sangat sayangkan dia dan dia juga sangat sayangkan aku,  setiap malam sebelum tidur mesti dia akan VC.

Cuma kadang2 aku syif malam, dia tetap akan cari masa untuk hubungi aku. Walaupun kami jauh, tapi cinta kami sangat kuat,  habis je pkp nanti,  kami terus nak nikah, sebab dah terlalu sayang.

dia seorang lelaki yang baik, selama hampir 10 tahun kenal, dia sangat menghormati aku, dia tak pernah ajak aku dating berdua duaan. Jika nak keluar, dia akan ajak adik, perempuan dia dan ajak mak ayah aku sekali. Sebab tu aku sayang sangat pada dia.

Baru2 ni Aku kenal dengan sorang lelaki yang mengaku bujang dan lelaki ini mengatakan kalau dia nak memperisterikan aku, laki ni agak berusia, tapi hidupnya cukup stabil, rumah kereta  cukup mewah, dari sekadar kenal suka2 akhirnya kami jatuh cinta.

Bila dah jatuh sayang, rupanya lelaki ni suami orang anak 3. Lepas je kantoi kalau dia suami orang. Aku menangis bagai nak gila, tak sangka dia tipu aku sedangkan aku jujur kalau aku tunangan orang.

Aku tak pernah tipu dia.  Tapi dia pandai pujuk aku, yang aku suka cara dia, dia tak pernah burukkan isteri dia. Dia siap puji isteri dia baik,  pandai layan, cuma dia sedar kesilapan dia bila tanpa diduga aku membuatkan dia jatuh cinta buat kali ke 2.

Aku terharu2 dengan kata2 dia. Dan mula lah kami selalu berjumpa. Dia layan aku  sangat baik bahkan kasih sayang yang di beri lebih berbanding tunang aku. Tunang aku tak pernah sentuh aku tapi dia? Dia selalu peluk aku dan membuat aku rasa nyaman..

setiap kali jumpa, hanya kami berdua sahaja. Tak seperti tunang aku yang asyik membawa orang ke 3 untuk menggangu. Akhirnya cinta aku 100% pindah kepada dia. Aku dah mula abaikan tunang aku.

Kalau tunang call kadang aku malas jawab. Bila whatsap, aku akan balas lepas 3 jam dan kadang2 aku tick  je. Mula2 tunang aku curiga, tapi aku pandai cover segalanya. So dalam satu masa, aku terpaksa layan kedua duanya.

Selepas berberapa hari je kenal, aku sudah terlanjur dengan dia, dia pandai pujuk aku hingga aku menurut semua kata katanya. Setiap hari kami jumpa dan melakukan hubungan. Kami semakin kuat rasa sayang dan cinta.

Setiap saat aku hanya fikirkan dia. Aku hanya nak hidup bersama dia. Bila aku perlukan duit, dia senang2 je bagi aku. Kadang 10k pun dia sanggup bagi, tapi kalau tunang, asyik suruh berjimat. Alasan nak beli rumah, nak simpan untuk nikah nanti.

Lama2 aku jadi bosan.  Dan baru2  ni aku dapati kalau aku rasa mual2. Bila cek rupanya aku mengandung. Aku terus jumpa dia dan cerita segalanya. Tapi dia mula mengelak, katanya kenapa boleh hamil sedangkan dia buang luar.

Dia seolah2 mengelak kalau kandungan ni adalah anak dia. Dia berkata kalau aku jenis perempuan senang serah so dia yakin ni bukan anak dia ya allah kejamnya dia. Macam mana  aku nak teruskan hidup, tak ada siapa tahu tentang ni.

Macam mana kalau tunang aku tahu kalau aku hamilkan anak orang lain, wahai lelaki jahat, apa yang telah kau lakukan pada ku. Saat ko hamilkan aku, kau berbahagia bersama isterimu.

Kenapa jadikan aku mangsa? Apa perlu aku buat min? Perlukah aku jumpa isterinya dan ceritakan semuanya? Tapi aku taknak tunang aku tahu min. Aku nak tutup aib ni serapat rapatnya. Tapi macam mana dengan kandungan ni? Ya allah buntunya aku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *