Isu Keluarga

Pada akhir tahun 2017 aku bertemu seorang lelaki yang aku sendiri tidak pernah sangka akan jatuh cinta padanya

Assalamualaikum, Pada saat penulisan ni aku dalam keadaan rindu yang tidak boleh diungkapkan yang mampu menahan kesesakan nafas & kecelaruan dalam pertarungan yang tidak pasti bila akan berakhir.

Seumur hidup aku didik diri aku tidak menangis dan jangan pernah biarkan orang lain lihat kesedihan & kesakitan aku. Aku harap luahan ini mampu melegakan sedikit kesakitan aku dan terima kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan nya.

Pada akhir tahun 2017 aku bertemu seorang lelaki yang aku sendiri tidak pernah sangka akan jatuh cinta padanya tanpa perlu ada syarat yang diletakkan. Dia lelaki yang hadir dalam hidup aku dengan membawa seribu senyuman.

Disisi mata orang lain aku perlu tegas berdiri & sentiasa kuat tapi bersamanya aku adalah wanita yang lemah & manja. Dimata orang lain aku adalah manusia yang selalu menang & penuh dengan keegoan bersamanya aku boleh beralah tanpa rasa kalah & marah.

Bersamanya aku tidak perlu sembunyikan kesakitan, kelemahan @ air mata aku. Dia akan selalu ada saat aku memerlukan, saat aku sakit, saat aku lelah dengan semua perkara dan dgn mudah akan mengeluarkan air mata aku dihadapannya.

Dia buat aku rasa selamat saat disampingnya. Kami jarang bergaduh kerana aku boleh baca apa yang pada hati & fikirannya begitu juga dengan dia dan paling penting antara kami akan mengalah dan melepaskan ego masing² saat berada dalam keadaan paling tegang.

Setiap perkara & masalah kami bincangkan bersama serta akan melaluinya bersama. Terlalu banyak hal suka & duka kami lalui bersama. Branyak pengalaman & kenangan saat aku bersama dia.

Sama seperti pasangan lain, hubungan kami ada dugaan & ujian yang berat untuk dilalui kerana ianya melawan sesuatu yang bukan kehendak kami dan melibatkan banyak hal. Diawal perhubungan aku meminta dia beri aku beberapa tempoh untuk selesaikan segala kerumitan & kami berjanji akan harunginya bersama.

Malangnya sepanjang kami laluinya ketegangan emosi, perasaan, masa & pergorbanan yang dikirakan adalah sesuatu yang tepat pada waktu itu akhirnya membuat kami berpisah. Dia tinggalkan aku tanpa sebab dan masih teringat ayatnya sehingga keharini “Andai ada jodoh kita akan disatukan”.

Selepas ditinggalkan aku seperti manusia yang jatuh dalam sumur yang gelap terseret dalam kegelapan yang tiada penghujungnya.  Aku abaikan tanggungjawab & amanah aku, aku hampir kehilangan pekerjaan aku, aku berbenti belajar sedangkan pada waktu itu aku antara pelajar yang terbaik, aku hampir hilang segalanya yang aku miliki.

Disebabkan aku terlarut dengan kesedihan & menolak untuk menerima kenyataan ini tubuh badan aku susut hampir 16kg. Sehinggakan keluarga terpaksa menjaga aku yang seperti manusia hidup tanpa jiwa & semangat.

Aku tidak mampu terima kenyataan kehilangan dirinya sehingga aku takut untuk lalui jalan aku salalu lalui bersamanya, aku takut melakukan perkara yang buat aku makin ingat padanya, aku takut pergi ketempat yang selalu kami pergi bersama. Kesannya sehingga hari ini aku masih bergantung pada ubat untuk kesihatan emosi & mental aku.

Alhamdulillah, selepas 1 tahun berlalu kesihatan aku semakin pulih. Disebabkan ujian ini juga aku semakin dekat pada Allah dan setiap malam qiamullail dirinya sentiasa ada dalam doa aku. Satu persatu kerumitan, kekusutan & kesulitan dahulu terlerai.

Allah gantikan semua yang hilang dengan jauh lebih baik dan rezeki aku melimpah ruah. Namum tiada siapa yang tahu jauh dilubuk hati aku masih merinduinya, terlalu rindu, sangat rindu, tiada kata yang mampu diungkap hanya doa.

Bangun dari tidur akal terjaga dia yang aku ingat, saat ingin tidur dia yang aku ingat, saat sendirian dia yang aku ingat tapi dengan perlahan-lahan aku cuba hadapinya, aku pergi pantai yang selalu kami pergi, aku lalui jalan yang selalu kami lalui, aku buat semua perkara yang aku suka buat bersamanya.

Alhamdulillah sedikit demi sedikit ia merubahkan kehidupan aku menjadi lebih baik. Selepas 1 tahun juga aku dapat tahu dia telah bertunang dengan orang lain. Saat ini aku rasa sedih tapi dalam masa sama ada perasaan lega kerana sekurangnya aku tahu dia bahagia.

Selepas dari itu, aku jalani kehidupan aku seharian seperti orang lain tapi jauh dilubuk hati aku merinduinya dan aku hanya mampu berdoa untuk dirinya. Sehinggakan ada satu saat selepas solat aku menangis seperti anak kecil.

aku merayu berdoa pada Allah jika ini adalah jalan yang ditetapkan berikan aku peluang jumpa dengannya hanya sekali sahaja untuk leraikan pertanyaan mengapa dia tinggalkan aku sedangkan selama ini aku merasakan cinta & sayangnya.

Selepas itu jika bukan dia yang akan bersama aku hingga ke syurga aku mohon marayu pada Allah agar padamkan perasaan cinta, sayang & ingatan aku padanya. Allah Maha Mendengar.

Doa aku dikabulkan pada pertengahan tahun ini dia chat aku dan pada waktu itu pelbagai emosi perasaan dan air mata antara kami. Akhirnya setelah mendapat kekuatan aku berjumpa dengannya dan banyak perkara kami bincangkan dan segala pertanyaan aku terjawab.

Dia mohon maaf atas keputusan dia tinggalkan aku dulu dan aku terima alasannya kerana jika aku ditempatnya mungkin aku akan buat perkara yang sama. Disaat aku mula belajar terima hakikat dia adalah hak orang lain dan perlu terima hakikat aku adalah sekadar kawan dan insan yang paling dia sayang pada masa lalu bukan sekarang.

Dia bagitahu ingin putus tunang dan kembali pada aku disaat perkahwinan hanya tinggal beberapa bulan lagi. Pada waktu dia bagitahu perkara itu aku hanya mohon padanya teruskan perkahwinan itu kerana aku tidak mahu banyak hati yang akan terluka kerana perbuatannya apalagi melibatkan hati maknya & wanita lain yang tidak pernah tahu antara aku dengan dia.

Aku sedar diri sekarang segalanya berubah jika dulu aku adalah wanita yang dia sayang tapi kini aku adalah wanita yang mengejar bayang2 dan aku tidak mahu orang lain lain rasakan kesakitan yang pernah aku lalui dulu. Jika dulu hanya aku seorang yang akan terluka tapi kini keputusannya akan buat ramai yang kecewa. Apatah lagi tunangnya adalah jodoh antara keluarga.

Alhamdulillah, dia teruskan juga perkahwinannya dan aku selalu bagi semangat dia buat perkara yang betul. Aku bagitahu setiap perkembangan tentang perkahwinan saat pkp ni. Aku teman dia tempah & ambil baju nikahnya.

Akak jahit baju minta gambar kami bersama waktu menikah nanti tapi disebelahnya nanti bukan aku tapi orang lain. Perasaan aku bercampur ketika ini, ada ketika aku merasa tenang dan lega kerana orang yang aku cintai akan bina kehidupan baru yang bahagia tapi dalam masa yang sama aku menangis kerana akan kehilangannya lagi sekali.

Disaat diberikan peluang untuk kembali aku tidak mampu melakukannya diatas air mata orang lain.  Apa yang mampu aku lakukan sekarang hanya doa. Andai takdir dia adalah jodoh aku pada masa akan datang berikanlah yang terbaik untuk semua dan jangan ada yang terluka kerana diri aku.

Andai dia datang dalam hidup aku hanya sekadar ujian & dugaan dalam hidup aku. Aku merayu memohon hapuskan rasa cinta, rasa sayang dan buangkan ingatan aku padanya. Agar aku mampu berdiri lebih kuat dari sebelum aku mengenali nya.

Kepada orang yang paling aku cintai, ingat kata² sayang sebelum ni, tiada sesiapa yang salah pada waktu yang lepas atau sekarang tapi takdir tertulis kita tidak akan bersama pada waktu ini dan kita tidak boleh pertahankan seperti dulu kerana sekarang akan ada hati yang tidak bersalah akan terluka.

Tidak mungkin dalam hati sayang ni ada rasa benci, dendam @ marah pada pada orang yang paling sayang cintai. Sayang akan lalui kehidupan ni dengan senyuman seperti yang kamu inginkan. Terima kasih kerana tidak pernah lupakan sayang dan sayang adalah kenangan terindah dalam hidup kamu.

Jaga bakal bidadari baik2 berikan dia senyuman & kebahgian lebih dari sayang dapat pada waktu dulu. Terima kasih sudi baca luahan ni dan doakan kan aku kuat hadapinya.

“Beribu kali terjatuh itu biasa
Sejuta kali bangkit itu luar biasa
Melangkah dengan tiada dendam dan seribu kemaafan berserta doa yang penuh dgn limpahan kasih sayang itu adalah sesuatu kebiasaan yang perlu ada.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *