Asalamualaikum min. Asalamualaikum semua. Min. Hidekn fb ni ya sebab ni fb kawan saya. Saya cuma minta dia copy dan send pada min. Saya nak minta pendapat semua sahaja. Saya berkahwin dah nak masuk 3 tahun.
Ada anak sorang dan sekarag nak masuk num 2. Tengah tunggu hari je ni. Sejak kawin saya duduk dengan mak mertua. Nak dua tahun juga duduk dengan mertua tapi kurang sefaham ( tak pernah gaduh sebab saya tak pernah menjawab.
Saya hanya mampu sedih) Sebab mak mertua saya ni banyak benda saya buat tak kena. Mula2 boleh diam2 lama2 saya makan hati. Sedih dan lepaskan pada anak. Pastu baru2 ni saya pindah rumah. Cari rumah sewa lain.
Suami yang cari. Mungkin dia perasan saya tak selesa. Tapi sekarag yang jadi masalah. Saya dengan suami kerap sangat gaduh. Dari first kwin sampai sekarang bila dia gaji. Saya nak tahu gaji dia abis pun tak boleh. Baru berapa hari gaji , gaji dah tinggal 200.
Gaji dia Rm 2500. Cuma bayar rumah sewa sekarang Rm750. Saya tak nak pun cuma saya nak tahu je. Masa rujuk dulu dia janji dengan fmily saya. Dia jaga saya baik2, tak kan rahsia pape lagi. Sewa ni Api air pn dia buat bdoh je.
Saya yang tak kerja kena fikir mcm mana nak bayar pulak. Bila berbual pasal duit sikit gaduh. Nak bagi saya memang jauh susah la. Pastu yang buat saya nangis makan hati. Dia kerap ungkit penat la nak bayar sewa rumah ni. Padahal baru berapa bulan.
Pastu dia cakapĀ nak duduk dengan mak dia. Luluh hati saya. Kenapa kena kurang ajar. Dia tau yang ajak saya pindah. Masa dduduk rumah mak dia. Kalau dia halau saya pn. Mak dia tak kisah.
Suami juga penah ceraikan saya tapi kami rujuk saya terima dia semula kerana saya fikirkn anak masih kecil.. Bila keluarga saya dah tolong belikn brg rumah sewa baru ni. Dr rumah kosong smpai penuh barang rumah dia kerap cakap gitu.
Balik kerja nk main dgn anak pn susah. Makan main fone tdo. Esok kerja. Bkn kata gurau. Nak berbual dengan saya pun dia macam malas nak layan. Saya penat sangat urusankn anak dengan rumah. Tangga sarat mengandung gini.
Saya tak tahu nak cakap dekat sapa. Saya taknk fmly saya tahu. Tak nak susahkn hati mak ayah saya. Tolong bg saya pendapat. Terima kasih semua.