hai admin tolong kongsikan luahan saya dan hide kan nama fb saya dan gambar fb saya. cerita nya begini. Saya dan suami sudah berkahwin selama 7 tahun dan di kurniakan 2 org anak.. kehidupan rumah tangga kami kejap ada pasangnya dan ada juga surut nya biasalah sudah lumrah kehidupan rumah tangga.
Ceritanya bila satu hari kami pulang ke rumah orang tua suami saya.. saya sangat happy sebab dapat bertemu ahli keluarga suami saya. Di dalam kegembiraan itu ketika sedang duduk berduaan dengan ipar saya iaitu kakak suami saya telah menceritakan kisah silam aib suami saya bahawa suami saya mempunyai anak luar nikah dengan perempuan lain.
di ketika itu saya dan suami sudah menjalin ikatan tali pertunang dan hubungan kami ketika itu pjj terpisah oleh laut cine selatan suami bertugas di Selangor sebagai unit beruniform dan saya di sabah sebagai pendidik.
[suami buat hal ketika pjj lah ipar saya cakap ] selepas mendengar berita panas itu saya diam dan terus berfikir perkara ni betul atau tidak. saya tanya suami saya dengan nada yang lemah lembut. sebab saya tahu sebagai seorang isteri adalah tidak mempunyai hak untuk bertanya aib kisah silam suami ketika zaman bujangnya.
cuma saya nak kan kepastian betul kah dia mempunyai anak luar nikah sebelum kami berkahwin dulu sekiranya betul saya mahu dia cari jalan penyelesaian.. dia hanya diam kan diri dan tiada tindakan untuk mempertahankan dirinya.
Saya tak tahu nak buat apa sekarang ni. Rasa lemah sangat. Macam rasa putus cintalah pula. kecewa sangat. Dapat lelaki yang di pandang hina oleh masyarakat sekeliling di sebabkan sikap berzinenya itu.. selama 7 tahun perkahwinan kami..
tidak pernah lagi gaduh pasal perempuan dia tidak pernah curang, bagi nafkah, sentiasa beri berkerjasama u menguruskan anak , rumah kadang2 dia tolong saya masak, lipat kain alhamdulillah syukur sangat dapat bersuamikan dia.
Orang tua saya pun puji dia rajin, tak kedekut sikapnya jauh beza dengam apa yang kakaknya sampaikan kepada saya. Sampaikan saya tidak boleh terima apa yang ipar saya cerita kan mengenai perangai suami saya ketika zaman bujang dulu.
Kak ipar cakap Suami saya kaki judilah, kaki perempuanlah sehingga perempuan tu mengandung dan di tinggal kan begitu saja. dan akhirnya menamatkan zaman bujangnya untuk memilih saya teman hidupnya. tapi sekarang saya rasa terus down gelap dunia hati ni sakit.
hancur. Saya dah tanya suami berkali2. Dia tetap diam. Orang cakap berani kerana benar takut kerana salah. Dia hanya diamkan diri tak berani nak mengaku.. saya betul-betul kecewa selama 7 tahun dah berkahwin baru tahu dia ada anak luar nikah bersama perempuan lain yang entah ke mana.
dan cerita terbaru yang saya dengar perempuan tu tiada maklumat dan bukan warga negara. andai katalah kamu di tempat saya.. apa tindakan kamu. hari demi hari perasaan benci makin timbul kat suami saya.