Isu Keluarga

Hari ini berakhirnya hubungan kami setelah hampir 4 tahun lamanya kerana buat pertama kalinya aku tahu si dia sudah lama curang

Pengorbanan. Manusia cepat melupakan pengorbanan yang dilakukan pasangan. Bila satu saat mereka memerlukan sesuatu yang baharu dan menghiburkan mereka, mereka terus melupakan pada dia yang lama setia. Bagaimana pula dengan si dia? Dia.

Aku banyak bantu dia dari dahulu. Mungkin kerana dia lelaki pertama yang aku beri kasih dan cinta. Dia tidak cukup duit makan, aku hulurkan. Dia tidak ada tempat bermain game, aku cari dan belikan hp baru supaya dia boleh bermain game bersama kawannya.

Dia tiada jam untuk melihat waktu, aku belikan jam kesukaannya yang mahal melebihi segala jam koleksi aku sempena hari jadinya. Ya, paling aku terkilan hati apabila dia sudah lama tidak memakai jam tersebut yang selalu dia puja, basuh dan lap supaya tiada satu habuk dan daki yang tinggal.

Tapi dia sendiri juga yang melupakan jam itu dan menggunakan jam yang lain. Untuk pengetahuan, dia bukanlah orang berada banyak duit berbanding aku. Tetapi aku terima seadanya.

Di hari jadinya aku pernah membuat kejutan kek, belon tulisan namanya dan chocolates kepadanya yang berada di rumah sempena pkp. Aku happy kerana keluarganya makan habis kek yang aku belikan. Tapi dia tidak tahu, aku cuba berhutang untuk membelikannya hadiah tersebut.

Di hari jadi dia yang lepas, aku juga belikan muzik box lagu birthday, tali pinggang dan dompet kerana dompetnya yang lama. Tapi dompet itu jugalah si dia gunakan untuk keluarkan duit belanja wanita itu. Oh ya dia belanja ada duit sebab dia bekerja sekejap di uni.

Tatkala dia yang mempunyai masalah hp yang aku belikan dahulu itu, dia stress membuat kerja dan banyak memarahiku. Aku pendamkan aje dan terus memberi sokongan kepadanya.

Aku juga yang sanggup berpusing bermacam2 kedai kerana banyak kedai tutup musim c0vid ini hanya semata mencari kotak sempurna untuk mengisi hp lalu pergi ke pejabat pos.

Namun pejabat pos pula tutup. Aku terpaksa berpatah balik ke rumah menunggu waktu sehingga buka dan pos untuk si dia yang berada di universiti. Rupanya hp itu turut digunakan untuk chat call dan bertemu janji dengan perempuan itu.

Hari ini 23/8/2021 berakhirnya hubungan kami setelah hampir 4 tahun lamanya kerana buat pertama kalinya aku tahu si dia sudah lama curang bersama wanita itu berpegang tangan berpelukan yang hampir setiap hari dilakukan sejak berada di universiti.

Cerita aku bukan aku yang mengikis. Malah duitku dikikis beribu. Aku bdoh kerana terlalu percaya dan sayang. Tanganku menggigil menaip meminta maaf kepadanya pagi ini dan aku redha apa yang berlaku.

Allah itu Maha Peyayang, menjauhkan aku daripada lelaki yang tidak pandai menghargai. Hargailah pasangan anda kerana kebahagiaan itu pasti tiba. Btw aku happy kerana satu sebab. Wanita yang si dia enjoy bersama itu kaki social dan aku jauh lebih cantik hmmm. Kbye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *