Isu Keluarga

Saat aku cuba menerima hakikat kalau suamiku tunangan orang aku diuji lagi apabila aku mendapat tahu kalau suami berhubung dengan wanita lain

Perkahwinan masih di usia setahun jagung. Namun terlalu berat hati ini merasakan ujian dariNya. Suami berstatus tunang kepada orang lain iaitu pilihan mertua. Hanya menunggu hari untuk di ijab kabulkan.

Aku langsung tidak di beritahu tentang persiapan majlis, bila dan dengan siapakah bakal isteri suamiku. Aku sedar Diriku bukan pilihan mereka. Aku redha ya Allah.

Saat itu, suami acap kali memberi keyakinan kepada ku bahawa wanita itu bukan pilihannya tetap hanya ingin menuruti permintaan ibu mertuaku. Perit tapi aku telan jua.

Saat aku cuba menerima hakikat aku diuji sekali lagi apabila aku mendapat tahu kalau suami berhubung dengan wanita lain. Telah beberapa kali aku mempersoalkan tentang hubungan mereka namun di sangkal oleh suami.

sehingga suatu hari suami terlupa log out WhatsApp dari laptop aku. Dari perbualan itu, jelas perhubungan tersebut bukan hanya sekadar kawan biasa. Perceraian bukan menjadi pilihanku selagi aku mampu bertahan.

Demi menjaga aib suamiku, aku pendamkan selama lebih dari setahun. Di hadapan orang tuaku, aku begitu gembira. Jelas di wajah mereka bersyukur dengan kehidupanku setelah berumah tangga.

Aku cuba bermuhasabah, mungkin punca ini adalah dari aku sendiri. Aku bertanyakan kepada suami dimana silapku. Aku ingin betulkan. Suami hanya berkata aku adalah wanita sempurna di mata dia. Tidak di nafikan suami melayan aku dengan baik.

Tidak pernah meninggikan suara kepadaku dan seorang yang boleh di bawa berbincang. Aku seorang wanita bekerjaya. Waktu rehatku aku korbankan. Aku ingin memberi layanan sama seperti suri rumah lain yang mampu menyediakan makan, pakaian suami selengkapnya.

Selangkah suamiku keluar dari rumah, aku hanya mampu berdoa dan berserah kepada Allah supaya hatinya dipelihara untukku dan di permudahkan urusan hariannya.

Amat menyakitkan apabila status suami adalah tunang kepada orang lain dan dalam masa yang sama mempunyai wanita lain. Ini adalah realiti kehidupanku. Sahabat semua, doakan aku kuat untuk tempuhi ujian ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *