Isu Keluarga

Sampai lah satu malam hati saya terdetik untuk stalker seorang kawan perempuan dekat tempat kerja dia dan disitu lah semua nya terbongkar

salam haii admin, macam biasa lha tolong hide profil saya yaa. saya seorang isteri yang bekerja dan mempunyai dua orang anak. saya dan suami pjj walauponn perjalanan cuma satu jam saja.

kita orang pjj sebab saya duduk dikampung dengan keluarga saya lepas saya bersalin sampai lha sekarang anak dah nak masuk dua tahun. masalah saya sekarang, suami saya kantoi ade hubungan dengan perempuan lain.

Firasat seorang isteri tak pernah salah. Sebelum ni banyak kali saya bermimpi suami saya ada orang lain, bila saya tanya dia menafikan nya. Sampai lah satu malam hati saya terdetik untuk stalker seorang kawan perempuan dekat tempat kerja dia dan disitu lah semua nya terbongkar.

Alasan dia ada perempuan lain sebab dia tawar hati dengan saya. kata nya saya selalu marah dia, saya tak dengar cakap dia, saya tak pernah buat apa yang disuruh. ituu alasan yang keluar dr mulut dia.

Saya cuba berbincang dengan dia, mintak dia tinggal kan perempuan tu  dan mulakan hidup baru, saya mintakk peluang dekat dia untuk ubah apa yang dia tak suka. tapi dia tetap dengan keputusan dia tak nak tinggal kn perempuan tuu.

saya ada mintak cerai dengan dia, buat apa masih bersama kalau saya dah tak ade dalam hati dia. kalau dia dah tak sayang saya. tapi dia tak nak ceraikan saya. pada masa yang sama dia masih lagi contact dengan perempuan tuu.

Lepas dah kantoi dia langsung tak jaga hati saya, bila saya tanye dekat mana dengan siapa, dengan selambaa nya dia cakap dengan perempuan tuu. hari2 dia akan jumpa perempuan tuu.

saya ade beberapa kali jmpa dan msj perempuan tuu mintak untuk tinggalkan suami saya  tapi perempuan tu tetap nak dengan suami saya dan taknak tggl kn suami saya. saya nak mintakk pendapat netizen semuaa, patot ke kalau saya mintak fasakh?

memang dia tak abaikan tanggungjawab dia  tapi dia abaikan perasaan saya. dengan saya dia taknak ceraikan  tapi pada masa yang sama dia planning nak kawen dengan perempuan tuu.

kadang saya fikir  patut ke saya terima perempuan tu jadi madu saya . oh ye perempuan tu janda anak satuu . suami saya pulakk tak ade lah senang mana, suam2 kuku jaa. saya bekerja ponn sebab nak tolong suami, nak ringan kann beban dia  tapi ini balasan dia dekat saya .

Alasan dia nak kawen dengan perempuan tu sebab dia kesian perempuan tu datang dari keluarga pecah belah dan kesian dekat anak perempuan tu takde bapakk. oh ye lagi satuu, kalau dia keluar dating dengan perempuan tu

Dia langsung tak kan msj saya, saya call langsung taknak agkat. tapi bila dia luangkan masa dengan saya dan anak anak saya, hp dia 24 jam dekat tangan melayan perempuan tuu .

boleh dikatakan saya seorangg isteri yang tersakiti, hari2 makan hati dengan suami. orang nampak luaran saya bahagia dengan suami, sebab kita orang selalu berlakon bila depan orang. tapi hakikat nyaa, kita suami isteri je yang tauu.

Dia sebok nak pertahankan janda lain, sebok nak jadi bapak dekat budak yang memang dah tak ade bapak  tapi dia tak fikir ke, dia akan menjanda kan isteri dia, dia akan buat anak anak dia tak ade bapak.

saya nak mintak kata kata semangat dan pendapat netizenn semuaa. akhir dr saya seorang isteri yang bdoh pertahanakan rumahtangga yang suami sendiri cuba untuk meruntuhkan .

Leave a Reply

Your email address will not be published.