Isu Keluarga

Masalahnya sekarang ni adalah lepas dia suruh berhenti kerja dan berniaga dia langsung tidak mahu tolong saya

salam admin. Minta hide kan profile saya. Saya dah bernikah hampir 5 tahun atas pilihan keluarga dan dikurnia kan seorang cahaya mata perempuan yang bijak.

Sebelum ni saya bekerja tapi kerja saya ni jadual tak menentu kadang balik lewat malam. Kadang kne tranfer sana sini. Saya menyewa disebelah rumah mak saya ataa tujuan bila saya kene tranfer 3 atau 4 bulan mak dan ayah saya boleh tolong tengok2 kan isteri dn anak saya.

Wife saya tak suka cara kerja saya dan dia suruh berhenti kerja dn suruh berniaga. saya turuti wife saya berhenti kerja dn berniaga.
Masalahnya sekarang ni adalah lepas dia suruh berhenti kerja dan berniaga dia langsung tidak mahu tolong saya.

Saya dengan mak saya yang bertungkus lumus buat semua..bila saya bagi duit hasil niaga kat mak saya dia boleh jeling2 macam tak puas hati pastu sibuk tanya mak dpt berapa. Minta wife tolong dia ckp penat. Dia nak duduk rumah je.

Tapi masalah nye rumah tak kemas pun bilik macam tongkang pecah baju bersepah sana sini. Dapur usah cakap lah berselerak macam reban ayam. Bayang kan benda2 expired 2019 pun masih ada lagi dalam peti ais tu tanda nye memang tak pernah nak kemas lah.

Wife suka burukkan mak saya depan saya dan pernah update di media social cakap benda yng tak elok tentang mak saya. Ayah saya pernah tegur saya ‘tak malu ke tetamu nak datang rumah tengok rumah macam tu?. Memang betul kemas rumah tugas suami tapi dimana sikap nilai kekemasan dan kebersihan wife saya? saya buntu ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *