Isu Keluarga

Yang paling buat saya sedih minggu lepas isteri pergi pulau dengan perempuan tu sampaikan penuh gambar di ig

assamualaikum. Saya ingin bercerita tentang hidup saya. Mengenai isteri saya suka sesama sejenis. Dah bermacam saya buat untuk dia lupakan perempuan tu tapi makin saya tegur makin dia buat.

Alasan dia nak balas dndam apa yang saya buat sebelum ni. ya saya mengaku sebelum ni dia dalam pantang saya ada perempuan lain. Tapi saya dah taubat taknak buat dah sebab saya masih sayang isteri saya.
dengan kesalahan lama saya isteri buat macamni.

Bermacam barangan mewah perempuan tu bagi pada isteri saya sampai duit yang saya bagi kat tangan isteri lansung dia tak nak ambik. Tapi sekarang saya bank in je nafkah bulan2 kat akaun isteri.

Yang paling buat saya sedih minggu lepas isteri pergi pulau dengan perempuan tu sampaikan penuh gambar di ig perempuan tu dengan isteri saya. Saya pernah cari perempuan tu. bagi dia amaran jangan gangu lagi bini saya tapi perempuan tu jawab nak aku lepaskan bini kau boleh.

Suruh bini kau buat dulu. Tak kan saya lelaki nak naik tangan pukol perempuan plak kan. Saya dah cuba berbincang dengan isteri tentang semua ni. jawapan dia suruh saya ceraikan dia.

YaAllah saya masih mencintai dia dan sayangkan rumahtangga yang kami bina hampir 5 tahun. tolonglah bagi cadangan macam mana caranya nak buat isteri saya berubah

Leave a Reply

Your email address will not be published.