Isu Keluarga

Semakin lama semakin dia berani naik tangan dekat suami sendiri tapi yang bagusnya dia sangat pemurah

Salam admin. Mohon hide profile saya. Ni betul2 perkara yang serious. Saya dan wife dah berkahwin hampir 2 tahun lebih. Saya seorang yang sangat penyabar. Manakala isteri saya baran.

Hidup saya kadang2 penuh dengan rasa ketakutan. Kadang tu saya rasa mcm nak je lari dari wife saya. Puncanya sebab dia terlalu baran yang tak masuk akal langsung.

Saya salah beli lauk , salah. Teruk pula dim4ki. Depan mak mertua. Salah masuk jalan waze, dilemĀ  pangnya muka saya . Ditariknya rambut saya. Sedih dan terkilan. Dia minta maaf lepas dia hamun atau pukul. Then esuknya dia buat lagi.

Semakin lama semakin dia berani naik tangan dekat suami sendiri tapi yang bagusnya dia sangat pemurah. Saya kerja kerajaan gaji kecil. Dia kerja swasta gaji besar 5x ganda dari saya.

Saya sayang isteri saya tapi saya tak tahu sampai bila saya mampu bertahan dengan semua ni. Mohon semangat dari semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published.