Isu Keluarga

Pada mula nya husband happy dengan kandungan saya tapi bile die tengok saya menangis entah macam mana dia boleh cadangkan untuk

Salam KRT. Saya pakai FB fake. Saya dah kahwin dengan husband setahun lebih . Sekarang PJJ . Nak di jadikan cerita , saya pregnant 2 bulan. Pregnant tanpa dirancang Sebab sebelum ni saya merancang.

Bile saya tahu pregnant, sejujurnya saya masih belum bersedia nak memikul tanggungjawab ni, dan salah satu sebab saya PJJ dengan husband .

Saya bagi tahu husband saya and menangis sepuas hati sebab saya belum bersedia  di samping dia PJJ . Saya jenis yang mudah penat macam mana saya nak jaga baby ni sorang2 even ada parents boleh tolong .

Pada mula nya husband happy dengan kandungan saya tapi bile die tengok saya menangis entah macam mana dia boleh cadangkan untuk gugurkan kandungan ni .

Ya allah memang la saya tak bersedia , tapi tak pernah terlintas nak gugurkan kandungan ni. Lama kelamaan  saya redha dan boleh terima kandungan ni. Sebab yang ada janin ni dalam perut saya, bukan perut dia.

Mana mungkin , tergamak saya nak gugurkan. Saya taknak saya dihimpit rasa bersalah seumur hidup dan kesan keguguran tu effect badan saya. Tapi yang buat saya gusar , bila memikirkan husband tak happy dengan kandungan ni .

Die cakap anak ni , kite kene fikir kesan jangka panjang . Bukannya kene jaga sehari dua . Die pun blm bersedia dri segi financial.
Macam saya cakap td saya pn blm bersedia tapi nak taknak saya kene redha sebab dah ada nyawa dlm perot saya .

Kadang2 saya rasa menyesal juga kenapa tak merancang betul2 kalau belum bersedia . Ya allah teruk nya saya ni .

Mohon pendapat kawan2 yang senior dlm ni . Atau boleh ceritakan juga pengalaman kalau ada pernah alami macam saya . Esp menjaga anak di saat PJJ . Thank you.

Leave a Reply

Your email address will not be published.