Isu Keluarga

Puncanya bila saya baru balik kerja dan ada anak 2 orang yang kecik 9 bulan sedang menangis meraung bila saya tinggalkn

salam admin. Hidekan profile saya ya. soalan saya perlu ke saya masak untuk suami saya lepas dia hina makanan yang saya masak. Puncanya bila saya baru balik kerja dan ada anak 2 orang yang kecik 9 bulan sedang menangis meraung bila saya tinggalkn dia untuk masak.

jadi saya pun masak yang simple je, terung goreng dan siakap goreng. sebenarnya saya nak masak siakap masak lemak tapi anak nak berdukung sepanjang masa jadi susah saya nak prepare barang.

Bila suami balik suami makan masakan saya dan cakap ” masak macam tahik” sebab terung saya termasin sikit. lepas tu dia komplen siakap tu nape garing. saya sedih betul.

Ada la saya balik kerja tergopoh gapah nak masak untuk dia, nak jaga anak yang tak duduk diam lg. tapi hinaan yang saya dapat. ni bukan kli ptama dia hina mknn yang saya masak. kalau sedap takda pujian. Kalau tak sedap mak!an berbakul saya dapat.

soalan saya perlu ke saya masak lagi untuk dia lepas ni. untuk makluman saya tengah mogok masak sekarang. tapi betul ke tindakan saya ni.Oh ya dalam pada dia komplen siakap tu garing sangat saya tengok licin jugak dia ratah ikan tu.

Da siap makan dia cakap dia tak suka ikan. Padahal ikan la fevret dia. Saya tau dia bukan gurau time cakap tu sebab muka dia macam nak minta penampo je.

Leave a Reply

Your email address will not be published.