Salam min aku cuma nak kongsi pendapat dari semua pembaca. Aku dah berkahwin dah hampir 7 tahun dan telah mempunyai 2 orang anak lelaki.
Aku tak pasti aku sebenarnya kebudakkan ke atau terlampau sayangkn isteri aku kerana aku kenal isteri aku memang tak ada dare sebab die dah telanjur dengan ex lama die sebanyak dua orang.
Masa mula2 kita orang kawin sumpah aku memang tak boleh terima sangat2 aku rase aku lelaki yang malang sebab dapat sisa dari lelaki yang tak bertanggungjawab dah sedap lepas tu tinggalkan isteri aku yang sekarang.
Isteri aku sebelum ni free hair & bebas bergaul sebab mak bapak die dah bercerai. Lepas kawin aku cuba ubah die jadi perempuan yang baik la pakai baju lengan panjang/bertudung/pakaian tak ketat tapi kan yang buat jadi marah die banyak kawan laki min.
Aku ni nak kawan dengan perempuan pun aku pikirkan hati die tapi bila aku cuba halang jangan la kawan dengan kawan2 lelaki pastu die ckp aku ni kebudakkan tak matang.
Sekarang aku nak cuba nak tawarkan hati aku dekat die aku TAK nak amik tahu pasal die langsung sebab bila aku ambil tahu pasal die hati aku sakit sangat min. Sampaikan kepala die pernah duduk bawah tapak kaki aku min.
Aku hilang sabar sangat2 dengan perangai die. Die pulak tak habis2 suruh aku ceraikan die. Aku sayang min anak2 aku. Aku tak nak anak2 aku tengok kita orang berdua berpisah.
Aku taknak anak2 aku rase macam mana die rase bila mak bapak bercerai sedih min bila mak bapak bercerai anak2 kurang kasih sayang. Skrg ni aku sendiri buntu tak tahu nak buat macam mana lagi.
Kadang2 aku rase down sangat. Aku ni bukan pemalas min 1 hari dua kerja aku buat. Pagi aku kerja malam aku berniaga penat aku sendiri tanggung bila die buat perangai macam ni aku lagi rase putus asa utk hidup. Tolong la semua bagi aku sokongan aku buntu.