salam. mohon hide profile saya. saya nak mohon pendapat. hanya pendapat yg memberi motivasi, tlg jgn kecam sya sebab sya dlm keadaan tertekan. suami selalu halau saya keluar rumah jika kami bergaduh. kebanyakannya sebab kami tak sependapat. sebagai contoh.
Baru2 ni saya nak order beli tilam kerana tilam kat rumah telah lembik kerana saya selalu sakit belakang bila tidur (saya ada penyakit tulang belakang bengkok). bila saya bagitau dia saya nak blanja beli tilam dengan kawan saya, dia naik marah dan kata nak letak kat mana tilam tu.
padahal sebelum ni saya dan dia dah banyak survey tilam sama2 untuk ganti tilam yang sediada. tapi bila kali ni saya nak order dengan kawan, dia naik marah dan egonya tercalar sebab katanya tak tanya dia dulu. suami juga tak sukakan family saya dan selalu halang family nak jumpa saya.
waktu mak saya sakit pun saya jarang dapat jumpa (sekarang mak dah meningal dan saya sangat-sangat menyesal tak bertegas dengan dia dulu) dan terpaksa ikut apa dia cakap sebab nak elak gaduh. setiap kali gaduh, saya akan kena halau dari rumah.
tiap kali kena halau saya terpaksa cari hotel untuk tidur atau tidur di dalan kereta sahaja. perkara ini akan selesai jika saya hanya pergi merayu dan minta maaf. waktu tu walaupun saya masih tak setuju dengan dia, saya terpaksa minta maaf supaya sye ada tempat yang sempurna untuk tidur.
tiap kali saya minta maaf, saya yang akan dihina kerana balik semula rumah dia dan terpaksa diamkan sahaja. untuk makluman, barang dalam rumah banyak saya beli pakai duit sendiri. saya juga isteri yang bekerja dan tempat kerja jauh dari rumah.
biasa sampai rumah waktu dah lewat dan biasa akan beli makanan utk makan malam kami (sebab dah lewat utk masak dan penat sgt selepas seharian bekerja dan rempuh jem untuk balik rumah) kadang-kadang rasa sangat tertekan macam saya yang tanggung dia.
bila kena halau dari rumah, saya jadi sakit hati sebab dia boleh duduk senang di rumah dia (kuarters under nama dia) dan guna barang-barang yang saya beli, sedangkan saya yang sakit badan tidur di dalam kereta.
saya rasa nak ke pejabat agama, tetapi risau adakah reason saya akan diterima untuk tuntut fasakh. apa yang saya baca, proses akan ambil masa sekiranya suami tidak beri kerjasama.
sebelum ini suami pernah ada sejarah gantong tak bertali bekas isteri dia selama 2 tahun. saya tak nak jadi macam tu. jika saya salah, mohon kata-kata yang bermotivasi.
adakah bila jadi isteri, semua kena turutkan sahaja dan tak boleh ada pendapat sendiri sebab itu yang jadi dalam kehidupan saya.
saya tak boleh merajuk, dan apa sahaja dia buat saya perlu senyum dan terima. sekarang saya sangat2 tertekan. kalau betul saya salah, saya akan balik rumah dan merayu minta maaf walaupun dihina lagi.
maaf cerita panjang dan memeningkan. saya tak tahu nak luah di mana. mohon jangan kecam saya dan saya hanya nak cadangan yang positif.