Isu Keluarga

Bila saya kias berat badannya dia cakap lepas beranak memang badan akan naik sedangkan orang lain beranak juga tapi tak lah besar macam dia

salam min. Hide profile min, terasa nak meluahkan dalam ni. Saya dah berkahwin lebih kurang 4 tahun lebih dah min ada anak sorang perempuan umur cukup 3 tahun bulan 1 ni. Masalah sekarang ni isteri saya min. Kami sama2 kerja.

Tiap2 bulan saya bagi duit kat dia 500 tak pnh miss. Campur gaji dia lagi. Barang2 dapur barang2 anak semua saya belikan min. Gaji saya tak lah besar mana tapi cukup2 pakai. Saya bukan nak berkira tapi istri saya tak pndai nak menyimpan lansung min.

Duit yang bagi bulan2 kat dia habis macam tu jek. kalau beli barang2 peribadi dia ke dengan barang2 anak ke saya tak kisah saya lagi seronok nmpk jugak benda walaupn duit habis. Tapi ni bukan beli barang apa2 pun. Duit habis pakai buat makan apa yang dia suka mkn.

untuk membesarkan lagi badan dia tu. Bila tegur sikit sentap tarik muka. Memang betul2 pelahp kuat makan. kadang2 rasa nak maki jek dia min. Dah la kuat makan kerja rumah malas nak buat. Baju saya pun saya basuh sendiri min. Masak pun kadang saya masak.

Kemas rumah. Kerja dia cuma nak mengunyah 24jam penuhkan perut dia bagi lagi besar dan layan drama. memang stress dengan cara hidup dia macam tu. Nasib baik ingtkan anak je min saya bertahan. Sebab saya membesar tak merasa kasih sayang seorang ayah jadi saya taknak anak saya lalui perkara yang sama.

Sebab tu saya masih lagi bertahan smpai sekarang. Saya ni jenis tak bnyk cakap dan bnyk bunyi. Mungkin sebab tu istri saya jadi naik kepala. Dulu sebelum kawen dia kurus cantik min tapi lepas kawen dah ada anak dia jadi besar.

Bila saya kias berat badannya dia cakap lepas beranak memang badan akan naik sedangkan orang lain beranak juga tapi tak lah besar macam dia. macam mana tak besar kalau mulut nak mngunyah sejam sekali. Lepas tu buat kerja rumah bagi kluarkan peluh mlas.

dia besar tak kisah min tapi sikap malas dia tu buat jadi sakit hati. Tolong hide profile saya ye min. Saya sayang kat istri dan anak saya min. Apa yang patut saya buat kat dia min.

Leave a Reply

Your email address will not be published.