Assalammualaikum Min. Sebelum saya mula bercerita saya harap min rahsiakan nama saya ya. Saya guna fb fake. Takut kantoi dengan wife mengadu kat krt.
Bukan takut bini tapi itulah, kalau merajuk susah nak pujuk. Saya Abg K dari Alor Setar. Saya berusia 25 tahun. Usia perkahwinan saya baru setahun.
Tapi disaat ini saya masih rasa terbeban dengan hutang. Hutang hantaran dengan mertua saya. Saya berkahwin tahun lalu dengan isteri saya. Kenal di wechat. Tanpa tempoh perkenalan yang lama saya terus ambil keputusan nak bertunang.
Bukan kehendak saya untuk bertunang tapi atas permintaan mertua yang tidak mahu saya berkawan terlalu lama. Tak elok katanya. Saya bekerja sendiri. Tidak ada pendapatan tetap.
Mertua sedia maklum saya bekerja sendiri. Tapi dia hentam hantaran 15 ribu kat saya. Saya nak kata taknak pun tak boleh, nak kata nak pun serba tak kena. Untuk makluman, wife saya ada ijazah sedangkan saya hanya ada spm.
Gaji pun cukup2 makan. Kami belum dikurniakan anak. Saya yang taknak atas alasan nak tunggu stabil dulu & memang ya kami masih tak stabil. Hidup pun menumpang di rumah mertua.
Kadang2 saya terasa dengan mertua. Dia lebihkan menantu dia yang berpendidikan. Saya ni layan pun nak tak nak. Yelah saya ni spm je. Menantu sulung dia ada master. Mana nak pandang.
Saya terasa hati tapi diamkan je sebab taknak bergaduh. Pernah sekali saya ada luahkan pada isteri kenapa mama dia letak hantaran tinggi malahan wife saya melenting dan marah.
Katanya tak boleh masuk campur. Dan dia seolah olah mengamuk kalau saya minta kurang, dia kata awak ingat saya ni anak ayam nak murah murah? Untuk makluman min juga, wife saya ni janda, anak tak ada.
Masalahnya yang buat saya rasa terkilan adalah saya kena harga anak dare tapi yang dapat adalah janda. Saya bukan nak persoalkan jodoh yg allah bagi untuk saya tapi mama dia tu tak fikir ke hentam saya sampai 15 ribu sedangkan saya ni simpanan pun takde waktu tu.
Susah min, kerja sendiri bulan2 dapatlah 1500. 500 tiap bulan saya bayar kt mertua, dah macam beli kereta. Dah setahun saya berkahwin tapi tak settle2 lagi. Belum fikir bab lain min. Sesak dada & kepala saya memikirkan.
Bila saya cuba meluah kepada isteri, isteri saya mengamuk & lansung taknak dengar luahan saya. Isteri saya seorang yang garang & panas baran. Saya juga baran tapi malaslah nak melawan.
Saya diamkan je. Saya bayar mahal mahal tapi isteri saya ni dah la malas masak, mengemas rumah pun taknak. Perintah dan kata kata saya lagilah dia taknak ikut. Saya meluah ni sekadar nak tanya pendapat warga krt.
Berbaloi ke dengan 15K yg saya bayar selama ni hanya untuk terasa hati & sedih yang saya dapat ni? Kadang2 tu ibu bapa saya pun dia tak hormat, cakap kasar dan cuma terperap dalam bilik.
Saya dah puas menegur dan menasihati dia tapi dia masih sama. Belum saya tegur bab pakaian lagi, dia freehair, tak bertudung. Saya kenal dia bertudung tapi selepas kawin lansung taknak pakai tudung. Saya takut jadi laki dayus min.
Saya nak guna kekerasan saya takut kena gari. Saya dah puas bersabar dengan isteri. Apa yang dia nak saya ikutkan, melayan. Tapi kehendak dan kemahuan saya dia takpernah hiraukan. Saya cuma nak dapatkan pendapat dari warga krt. Tq min.