Assalammualaikum admin. saya baru berkahwin 2tahun dan dikurniakan seorang anak perempuan. Sejak suami saya aktif bermain game online, die jarang luangkan masa Bersama family.
Anak pon die jarang sgt bermain, Pernah die cakap “bersyukurlah dia main game dari dia main perempuan” tapi sekarang perempuan dalam game lah punca kami bergadoh hampir setahun dan hampir juga bercerai.
Sepanjang tempoh pkp ni mmg kami sering bergadoh dan pernah ke mahkamah utk pengesahan lafaz cerai kerana die tak sengaja lafaz dlm keadaan marah.
Saya tapis sorang sorang perempuan yang die chat diam2 dan akhirnya dia dapat tahu dan mengamok. Hp dan wallet dia tak izinkan saya usik. Sekarang die bercinta dengan seorg perempuan dalam in game.
Saya pernah chat gn perempuan tu tapi perempuan itu dengan bangga kata saya tak pandai jaga laki sebab tu suami saya pergi kat dia. Suami saya nak jadikan perempuan tu isteri kedua. Saya tak restu kerana anak kami masih kecil lagi.
Sya Cuma mintak die lepaskan saya jika die ingin berkahwin lagi. Saya bukan hramkan poligami Cuma saya belom sedia, baru sahaja kawin tak kan saya dah nk bermadu, masa dengan anak pon xde, inikan pula nak kawin lain.
Die mintak restu, selagi saya tak restu die akan layan saya seperti org luar. Mereka belom pernah berjumpa tapi suami lebih2 melayan die dari saya isteri.
Paling sedih dan terkilan bila saya request nak anak tambah lagi tapi suami akan cakap tunggu anak.dari bini No 2. Sakitnya hati. suami beri duit belanja tiap bulan, tapi saya tak suka die mngungkit.
Buatkan saya makin jauh hati. Pernah die kata saya munafik kerana solat tapi hati kotor dan hitam sebab marah kekasih die.
Hati saya semakin tawar kerana die lebihkan perempuan tu dari saya isterinya kerana perempuan tu lebih cantik dan bekerjaya.
Saya juga bekerja, saya bersama lebih masa Bersama anak. Sekarang dia cakap saya tak layak menjadi ibu. Suami tak nak ceraikan sya, die suruh mintak fasakh kalau saya nk berpisah. Tapi saya takut die tuntut hak dan pisahkan saya saya dgn satu2 nya anak kami. CINTA SIBER suami.