Assalamualaikum min. Hide profile saya ye. Susahnya nak maafkan mertua yang dah lukakan hati ni. Ditambah pula dia punca rumahtangga anak tercetus pergaduhan.
Saya nak bertanya. Selepas berkahwin, si suami tu hak isteri atau hak si ibu? Or isteri ni memang takde hak langsung ke ats si suami?
Saya ni baru setahun lebih berumahtangga belum dikurniakan zuriat. Duduk menyewa bersebelahan je dgn rumah mertua tak sampai 10 langkah pun. Ada certain perkara yang saya kurang selesa dgn sikap mertua.
Sebab mertua saya ni suka wassap and call saya semata2 nak tanya pasal anak dia je. Ipar pula pantang suami keluar sibuk juga bertanya. Anytime and anywhere. Awal2 kawen rasa ok lg la. Tp bila dah lama2 rasa rimas sakit hati pula.
Call wassap benda simple bagai mcm la balik rumah tak boleh jumpa. MIL saya bukan jenis org tua yang duduk rumah je, dia jenis yang tak lekat di rumah sebab pandai drive. Husband saya ni pula FAMILY MAN.
Dari sekecil2 hal sampai la sebesar2 hal semua atas bahu dia. Saya naik rimas sebab adik beradik dia mostly dah berkerja tp still perangai jenis pemalas and menyusahkan. Ada je benda diorang nak mtk tlg. Kdg saya terpaksa korbankan perasaan.
Saya and suami jarang balik rumah parents saya, and time pkp 1 haritu terkandas lama tak jenguk mereka. Bila balik sana saya ada baca wassap mertua di fon suami yang ayatnya berbunyi “DAH PUK0L 12 TAK RETI BALIK KE?”..
kalau MIL keluar balik 1 2 pagi takde pun anak2 bising. Saya rasa mcm MIL ni dah melampau. Mak ayh saya still hidup. Wajar ke dia nak control gerak geri kami. Saya memang hilang sabar..
nk tegur pakai mulut nnt jd gaduh. So saya tegur menggunakan status wassap, saya just masukkan gambar ayat agamawan yang berbunyi “JANGAN IKUT CAMPUR URUSAN YANG TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN DIRIMU.”
Tujuan saya buat status wassap hanya untuk menegur dan bg dia sedar yang saya ni menantu tak selesa dgn cara dia. Tp tak sangka benda kecil boleh jd besar.
MIL ‘hello’ semua anak menantu semata nk beritahu apa yang dia dah baca status saya tu. Suami jumpa MIL untuk betulkan keadaan. Dia terus terang yang isteri dia ni tak selesa dan perlukan privacy.
Dah nk setahun lebih menantu dia ni sabar. Tp MIL tak berpuas hati juga, dia ckp dkt husband “AKU NI MAK KAU YANG LAHIRKAN KAU, BIARLAH AKU NAK TANYA ITU INI. DIA TU BINI JE TAK PATUT CAKAP MCM TU.”
Keadaan jd besar bila adik beradik suami yang lain pun masuk campur. Konon2 nya mereka ckp nak selamatkan rumahtangga kami.
Rumahtangga kami akn ok kalau takde campur tangan org lain yang suka ambil tahu and pergunakan suami saya. MIL masam muka dgn saya and saya terdengar MIL ajar suami buat password fon dan jangan bg isteri pegang fon.
Bukan ke itu dinamakan masuk campur rumahtangga ank menantu? Dia lupa ke anak dia tu suami saya. Saya terkilan sebab mak ayh saya sikit pun tak ikut campur. Mereka biarkan je ank2 yang baru nk melayari bahtera, yang baru nk kenal hati budi.
Saya ajak suami berpindah. Dan suami setuju dgn keputusan itu demi kebahagiaan rumahtangga kami tp bersyarat saya kena berbaik dgn mak dia. Rumah+tangga yang hanya kami berdua yang perlu daki tp org lain yang melebih2.
And untuk MIL, jangan lah kamu gunakan hak yang kamu lahirkan suami untuk menentukan hak rumahtangga anak2. Jagalah batas2 mu. Anak menantu juga layak untuk bahagia.
Lately suami saya byk diam je. And nada suara tegas je bila brcakap tak mcm awl2 kawin. Aku sedih sebab MIL punca semua ni. Aku sunyi takde anak, suami je tempat aku mengadu dan bermanja. Min tlg doakan rumahtangga saya bahagia hingga ke Jannah ya.