Isu Keluarga

Suami aku 22 tahun tapi dah meningal sebab accident 5 bulan lepas dan sebelum kami terlanjur aku orang yang jaga solat 5 waktu 2 bulan sekali khatam quran

Assalamualaikum min. Aku guna fb fake je ni. Aku nak luah rasa sedih. Sedih yang dh bertahun aku pendam. Bertahun juga aku kemurungan tapi aku taknak mkn ubat. Sebab tiap kali aku makan ubat aku rasa hidup aku sangat tak produktif.

Mengantuk dan tidur sepanjang hari. Tiap kali doktor bagi ubat. Aku ambil tapi aku tak makan. Dan tiap kali followup aku akan cakap dengan doktor aku ok aku dh taknak ada appt lagi lepasni pdhl aku masih belum ok.

Tiap hari aku sedih aku stress kdg anak aku jd mangsa. Aku abaikan ank aku berhari2. Tak bagi dia susu. Pdhl aku tau ank aku takbole minum susu formula, dia akan muntah. Lepas muntah dia akan nangis lagi minta susu.

Dan berulang lagi muntah sampai la dia letih bengkak mata hilang suara sebab nangis. Kesian tapi kadang aku tertekan. Aku nk menyendiri. Aku baru 19 thn min sekarang anak aku setahun anak aku anak luar nikah dengan suami aku.

Alhamdulillah suami aku nk bertanggungjawab. Suami aku 22 tahun tapi dah meningal sebab accident 5 bulan lepas dan sebelum kami terlanjur aku orang yang jaga solat 5 waktu 2 bulan sekali khatam quran. Aku takde kwn lelaki.

Aku cume kenal arwah suami aku je. Tapi time tu aku taktahu npe aku takboleh kawal nafsu aku. Aku rasa nak mencuba. Dlm mencuba tu aku berdoa semoga aku mengandung. Aku nk ade peneman sebab aku rase sunyi.

Hidup aku byk menyendiri. TAKde kwn. Walau aku berdosa,  Allah makbulkan doa aku min. Aku mengandung. Kalau nikah. Org kata bunting pelamin. Sebab aku terlanjur 2 kali je. Aku syang anak aku sangat2 min. Comel cerdik sangat.

Petah bercakap walau baru setahun. Dia nyawa aku. Dia satu2nya harta yang aku ada. Tapi min aku nk tanya la.. Org yang berdosa mcm aku ni tak layak ke untuk bahagia. TAK layak ke masuk syurga.  TAK layak ke bertaubat dan diberi pengampunan.

Aku tertekan dengan family aku. Aku ade 6 beradik. Dorang smue kerja bagus. Ustazah doktor engineer. Baik la solat 5 waktu kat masjid, sentiasa pakai jubah malah ada yang berpurdah. Dorang ada yang buka rumah anak yatim. Mmg pemurah la adik beradik aku ni.

Tapi dorang selalu sangat hina aku dengan anak aku. Dh berkali aku merayu minta maaf dorang tetap tak maafkan siap paksa mak aku suruh buang aku dari keluarga ni. Aku dah takda ayah sejak umur 14tahun. Adik beradik aku tak puas hati sebab mak aku maafkan aku masih terima aku.

Paling aku sedih sangat bila dorang hukum dan hina aku siap viralkan aku kat social media, buka aib aku pd sedara2, Sampai sekarang aku tak boleh lupa dorang panggil aku dengan gelaran paling hina, tak ckup maki aku pukul aku, dorang mesej aku mcm2 hina aku dengan anak aku ni miskin penz!na anak h4ram.

Aku bkn lah miskin hina sangat mcm dorang kutuk. Aku jd agent jual skincare, alhamdulillah aku bole ckp gaji aku setanding dengan gaji abg aku kerja doktor. Dpt jugak aku belikan apa2 untuk anak aku walau tapakksa jimat untuk masa depan.

Aku nk tanya org mcm aku mmg tak layak dimaafkan ke. TAK layak bertaubat ke. TAK layak rasa bahagia ke min. Bile aku luah pd mak aku. Mak aku ckp takde pape la tu.  Mane ada dorang buat mcmtu. Sebab mak aku dh tua mana pandai social media. Jd mak aku tak nampak semua tu.

Adik beradik aku suke provok aku kat social media dan bila aku balas perlian tu nnt dorang akan call mak aku bagitau aku mulakan pergaduhan. Mak aku percaya je dan mak aku akan nangis minta maaf pd dorang.

Bila aku luah mak aku tak percaya pula. Aku taktau nk luah ape yang aku rase ni pd siapa min. Dah 2 tahun aku kemurungan. Aku tau aku banyak dosa tapi dorang tu dijamin syurga ke min sampai buat aku mcmni.

Kdg sambil susukan anak aku, aku tenung mata anak aku dalam2, aku fikir,  mane la aku nk tuju bwk anak aku. Aku syang anak aku.  Org kate pandang muka ank kite akan kuat. Tapi aku pandang muka anak aku jd sedih terlampau.

Kdg aku terfikir nak je terjon bangonan sama2 dengan anak aku.. Biar anak aku tak tersiksa hidup dia min. Mana lagi tmpt aku nk tuju min. Aku dh cuba bwk diri jauh dari mak aku.. Tapi aku rindu sangat pd mak aku. So aku balik semula rumah mak aku. Mak aku dh tua.

Aku nk jaga mak aku. Aku taknk menyesal kmudian hari kalau jd apa2 pd mak aku. Dh la aku bnyk dosa luka kn hati dia. Jd aku nk jaga mak aku. Tapi dlm masa yang sama aku rasa nk lari dari semua ni. Lari dari semua orang.

Aku takprnah nangis depan siape2 sebab aku taknak org tahu aku sedih. Semua yang aku rasa aku pendam simpan dlm hati smpai aku rasa seksa tanggung perasaan ni.

Bg la aku kata2 semangat nasihat yang positif.  Aku rase aku dh takde harapan lg nk teruskan hidup ni. Nk cpt2 tamatkan semua ni. Bole aku jumpa suami aku kan min. Aku rindu suami aku sangat2. Mungkin semua akan puas hati.

Leave a Reply

Your email address will not be published.