Assalamualaikum admin dan semua. Hide profile ya. Terima kasih jika admin post cerita aku. Tiada Anak Punca Penceraian atau Wanita Dari Nraka? Aku dan suami pasangan bahagia. Sudah 10tahun berumah tangga, kami kahwin umur 26, aku bkerja sebagai civil engineer dan dia seorang technician.
Dia seorang yang soft spoken. Aku pula jenis pendiam. Kami tiada anak, aku pernah miscarriage 3x. Keluarga mertua sangat baik. Cuma sejak 3tahun lepas aku disahkan menghidap kans€r. Aku seorang wanita yang pentingkan penampilan diri, mengamalkan gaya hidup sihat, selalu bersenam, kami jarang makan diluar, aku tetap akan masak untuk suami ku walau sibuk mana pun aku.
Kerap berjemaah untuk mengeratkan kasih sayang. Tapi sejak aku jatuh sakit, aku tak mampu terima sakit ku, aku banyak beremosi, kerap letih. Sejak hari pertama buat kimoterapi, badan aku makin susut, rambut gugur, deria rasa berkurangan, aku down, aku lupa menjaga kebajikan suami aku. Aku hanya terbaring.
Aku belum kuat nak terima ujian ini. Aku minta maaf pada suami aku. Dia kata dia memahami aku, dia mahu aku jadi kuat dan stabilkan emosi. Aku bilang, kalau kita ada anak mesti dia tak kesunyian, dia hanya cakap “abang percaya peraturan Allah tu paling terbaik”, suami aku punya masa silam.
Aku kenal dia masa dia sudah mula berubah. Bukan hak aku untuk judge dia atas masa silam dia. Tapi Masa aku jatuh sakit mungkin aku tidak dapat beri perhatian cukup kepada dia sehingga dia telah berhubung dengan sepupu aku. Hanya rapat masa kecil sahaja. Aku tahu mereka berhubung suami aku beritahu mereka mula kenal dalam game.
Dia masih layan aku dengan baik. Dia kerap berjumpa wanita itu, mereka bercuti bersama, tidur di hotel mewah bersama-sama. Suami aku bukan seorang yang berduit, rumah, kereta pun atas nama aku, kebanyakkan perbelanjaan aku yang keluarkan duit, tapi dia tak pernah culas bab nafkah.
gaji dia digunakan untuk membayar bulanan bil, motor, beri duit kepada ibu bapa dan adik adik yang masih belajar, dan juga nafkah aku, selebihnya dihabiskan untuk topup barang dapur, jadi sepanjang mereka bersama wanita itu berbelanja untuk dia. Tidur di hotel mewah, makan mewah, shopping barang mahal, belikan gadget.
Bila aku tanya barang siapa beli, dia jujur bagitahu wanita tu yang belanja. Aku cuma mendiamkan diri. Aku tak reti marah, aku cuma menangis, aku tahu ini semua salah aku. Kerana tak dapat bagi dia zuriat dalam masa sama aku masih dalam rawatan. Aku tak kuat macam orang lain semasa kimo masih mampu bkerja dan melancong.
Selepas tu dia jujur dia tidur dengan wanita tu. Aku bilang aku sudah lama tahu, tapi aku tak mampu untuk berbuat apa apa. Hati aku berbelah bahagi. Aku lihat dia bahagia dgn wanita tu. Dia meminta maaf dan berjanji takkan ulang lagi. Aku semakin pulih dan aku sudah kembali bkerja, sedaya upaya aku berikan perhatian, setiap hari aku masak dan berhias walaupun ada hari badan aku lelah sangat bila balik daripada kimoterapi.
Macam2 aku buat untuk buat dia tak rasa sunyi. Dia pun makin happy. Ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari, belakang aku dia masih jumpa wanita tu. Setiap hari minggu mereka akan check-in. Aku jumpa receipt hotel dekat email dia.
Wanita tu selalu beri dia sejumlah wang yang banyak. Aku pernah mengekori diorang masa diorang check-in. Aku ada berhubung dengan wanita tu, tapi dia menafikan bahawa mereka ada hubungan sulit, cakap hanya teman pergi makan dan jalan jalan je.
Wanita tu lebih cantik, muka nya ayu dan lembut, tutur kata nya manis, pakaiannya menutup aurat. Mungkin itu yang membuatkan suami aku kalah kepada nfsu. Muka nya yang langsung tak terlihat seperti wanita jahat.
Entah aku kalah kepada emosi, aku tak mampu pertahankan rumah tangga aku hanya kerna aku tak sempurna. Dia minta maaf dan merayu tidak akan mengulangi.
Malangnya sudah bertahun tahun begitu. Akhirnya aku kuatkan hati, aku cuba tawarkan hati bila tiap kali dia memujuk, walau hati aku sebenarnya mahukan dia, tapi aku dah taknak tengok dia buat dosa lagi.
Aku bilang pergilah kahwin dengan wanita tu, mungkin korang boleh dapat zuriat, lepaskan aku sebab aku tak sanggup bermadu. Dia cakap dia tak sayang dekat wanita tu. Akhirnya selepas abang aku berbincang dgn dia, barulah dia mahu lepaskan aku.
Dia menangis sepuasnya. Masa tu aku dah tiada air mata lagi. Aku cakap, lepasni jangan sakiti hati wanita tu pula, sayangi dia, hargai dia. Halalkan kasih sayang dan semua yang kau telah beri kepada aku.
Maafkan kekurangan dan kesalahan aku semasa menjadi isteri kau ya. Kau lelaki yang baik, cuma kau salah pilih jalan kerana kekurangan aku. Allah tahu betapa peritnya hidup selepas perpisahan, hidup terasa kosong. Separuh dari jiwaku pergi.
Tapi hati aku puas, aku tahu hanya dengan cara begini akan jadi pengajaran kepada dia dan diriku. Aku sekarang adalah canc€r survivor, aku sedang menyambung pelajaran di luar negara. Hati belum terbuka lagi untuk menerima sesiapa tapi hidupku lebih ceria kini.