Salam min terima kasih sudi membaca. Saya sudah berkahwin 3 tahun, di awal perkahwinan saya mengharapkan zuriat, tetapi tiada harapan, suami pula bukan memujuk saya atau beri semangat kpd saya.
Akan tetapi dia tendang pintu sampai pecah kerana saya menangis, bermula dari situ baru saya tahu dia seorang panas baran. Saya seorang wanita yang berkerjaya, mempunyai rumah dan kereta sendiri, dia hanyalah ada motor sahaja.
Selama saya berkahwin suami sentiasa tukar kerja atas alasan tidak serasi dengan bos. Pernah dia berhenti kerja dan menipu saya seminggu seolah pergi ke kerja dengan mengenakan pakaian uniform kerja.
selepas seminggu saya dapat panggilan dari hr ofis dia menanyakan status dia kenapa dia tidak hadir kerja sudah seminggu. Saya confront dia menyatakan dia tidak tahan dengan majikan dia, 8 bulan dia hanya duduk rumah tidak kerja.
Selama dia duduk rumah setiap malam bila saya sudah tidur dia curi2 ambil phone dan credit card saya setiap malam, untuk membeli duit game pubg di handphone dia. Sebanyak Rm1300 lenyap.
Pada mulanya saya pelik saya sudah byr setiap bulan tapi knp meningkat, mengadu pada pihak cawangan kredit kenapa ada beberapa transaksi pelik. Bila selidik rupanya pembelian dri phone dia.
Saya mmg hilang sabar kerana sebelum ni dia memaksa saya memberikan laptop saya pada adik ipar saya kerana baru memasuki tahun pertama di universiti. Saya tidak setuju lantas dia mengamuk dan menendang semua barang2 di rumah,
menyatakan sy tidak peduli pasal hal keluarga dan pentingkan rakan2 saya, sedangkan laptop itu adalah untuk saya buat kerja bukan tempat main game. Kalau diikutkan Rm1300 dah boleh beli laptop untuk adik dia dari habiskan kpd game pubg dia.
Selepas kontrak pekerjaan saya sudah habis, saya melarikan diri pulang ke kampung selama sebulan. Saya menyatakan hasrat saya ingin bercerai akan tetapi mak saya suruh beri peluang dulu.
selama saya berada di kampung dia banyak kali membuat panggilan kpd saya (mungkin mahu meminta duit) tetapi saya tidak peduli.
Selepas kejadian itu, barulah dia berkerja dan dia sudah naik pangkat.
Akan tetapi setelah dia naik pangkat dia sentiasa kutuk dan menghina keluarga belah saya.(salah satunya ialah, kutuk mak saya tidak pandai masak nasi sbb nasi lembik, sedangkan mak sy masak nasi utk ayah sy yg tiada gigi) .
Sedangkan saya tidak pernah menghina keluarga dia. Malahan masa raya haji tahun ni dia memaksa saya memberi laptop saya kepada adik dia kali kedua. Di sebabkan suami saya btak sangat, saya beri juga walaupun saya amat memerlukan laptop itu untuk mencari berkerja.
Mak mertua menasihati saya untuk mencari kerja kononnya untuk simpanan saya di masa hadapan, sy memberitahu laptop saya dipaksa beri kepada anak bongsu perempuannya untuk memudahkan dia belajar di rumah.
Sedangkan itu hasil titik peluh saya bukan duit suami saya. Mak mertua saya terkejut, terus suami mencelah mintak mak dia sesuatu (seolah mengelak mak mertua saya tahu tentang dia).
Untuk pengetahuan semua adik lelaki saya tinggal bersama saya selama dia belajar di politeknik , dia seorang pemilik kad oku (mild autism) tetapi dia masih boleh berdikari utk pergi ke kampus.
Suami saya membeli barang2 dan makanan frozen seperti nugget, sosej, fries, ayam dll. Jumaat lepas adik saya memasak fries yang tggl suku, saya suruh habis gorengan fries, niat saya untuk memberi dia bekal shif mlm,
akan tetapi dia herdik saya fries tak sedap sebab sy letak perasa ayam kenapa tidak letak perasa keju, setelah saya mengantikan dengan fries gorengan baru di letakkan perasa keju, dia tidak mahu ambil bekalan itu malahan dia memarahi adik saya kerana menghabis fries yang dia beli,
Dia menyatakan dia bukanlah seorang yang kaya, dan terus pergi ke tempat kerja dia. malam tu saya wassap dia meminta maaf dengan dia jikalau saya dan keluarga saya membuat silap, akan tetap dia ugut mahu menegur adik saya mengunakan kaki dan juga dia tetap salahkan ayah saya kerana didik adik saya tak betul,
di sebab kan geram saya membalas saya pun tidak sy cara dia menegur saya dgn nada yang tggi dan saya sudah fedup dgn dia dan saya meminta cerai
Pada pukul 11mlm dia balik tetapi saya masih tidur lg, adik saya yg buka pintu selak. Pagi sabtu saya confront dengan dia kalau tidak suka dengan family saya dan diri saya kenapa nak teruskan hubungan ni, dia marah menyuruh adik saya keluar dari rumah saya tinggal dengan kakak saya (padahal senang dia nak tengking2 saya).
Saya beritahu dia sedangkan saya pergi kerja jalan kaki naik tren, dia pula tiada lesen guna kereta saya untuk pergi ke kerja, sy x pernah berkira pun dengan dia, tetapi dia terus pulangkan kunci kereta (hilang tak tahu dia campak mana).
Dan saya suruh dia keluar rumah , dia kemas baju dia memasuk dlm beg laundry tetapi hanya duduk di ruang tamu tidak berganjak, saya tanya bila nak keluar rumah dia hanya berdiam diri tidak kemana, tidak pergi ke kerja sampai harini.
Saya ada tanya rakan sekerja dia status kerja dia (tanya kerana sebelum ni berhenti secara tiba2). Rakan sekerja dia menyatakan status dia masih berkerja lg, cuma cuti hanya lah 3 hari kini dah lebih 5 hari, malah rakan dia akan menasihati dia.
Saya perlukan pandangan / bantuan bagaimana hendak keluarkan dia dari rumah saya, saya risau dia apa2kan pada adik saya dan rumah saya. Sekali lagi saya minta maaf jikalau penulisan saya tidak betul atau sukar untuk memahami.