Assalamuallaikum harap min hide. Saya taktahu pada siapa patut diluahkan. saya menyewa kedai RM500 sebulan dan tertunggak selama 3 bulan selepas melahirkan anak ke-3 sekarang anak dah berumur 6 bulan.
Kami tinggal dalam kedai bill elektrik, air dan sewa kedai semua saya yang tanggung tapi selepas melahirkan saya takdapat teruskan perniagaan sebab mengasuh baby dan baby plak taknak menyusu botol.
Saya ada rumah atas tanah mertua tapi rumah bercatum selepas saya berpindah ke kedai. Rumah yang ada mertua tebuk dinding jadi sebiji rumah.
Selama tinggal dirumah sendiri mertua selalu masuk campur hal anak2 walaupun tinggal di rumah asing pernah saya tegur cucunya dengan baik sebab naik atas atap rumah tapi divavikan saya dan macam2 cacian
selama 7 tahun berkahwin kemudian saya ambik keputusan untuk berniaga dan keluar dari situ. Masaalah sekarang saya takdapat nk bayar sewa yang tertunggak. Saya dah bincang dengan husband untuk bayarkan sewa yang tertunggak tapi jawapan yang saya dapat?
Ayat keluar dari mulut suami “sapa yang nak sewa sangat?” bukan ke tanggungjawab tempat tinggal ada pada suami? saya yang hidup bersusah payah dengan suami dari pakai motor mampu beli kereta second dan jual.
Paling saya terkilan bila husband loan kereta baru bernilai 10k deposit tapi masalahnya dia tidak mampu bayarkan sewa kedai tertunggak.