Isu Keluarga

Sampaikan saya saya sanggup tinggal dengan keluarganya lagi tapi disuruh ciom kaki ibubapanya

Assalam admin. Mohon hide fb ye.
Saya dlm fasa pergolakan rumah tangga di mana suami saya mahu menceraikan saya dengan talak tiga sekiranya dia tidak datang berjumpa saya esok.

Dengan saya tengah mengandung lagi sekarang ni. Saya tak tahu dia akan dtg jumpa saya ke tak. Dia cakap dia tak bahagia dengan saya.

Dulu saya tinggal di rumah mertua sampai lah saya tak tahan tinggal di situ sebab keluarga mertua yang suka menengking saya, melempar botol ke arah saya dan mnjadikan saya hamba.

Masak, basuh baju, sidai baju, apa semua memang saya seorang yang buat walaupun mereka ada anak perempuan dan menantu perempuan.

Mungkin sebab saya orang baru dalam keluarga mereka. Saya skrg tinggal di rumah ibu bapa saya. Mcm mana ye nak kuatkan diri slps bercerai?

Betul ke kita nangis sekejap je, n lama2 kita akan kuat? Saya memang sangat sayangkan suami saya lagi tapi saya tak tahu dah macam mana nak pujuk dia.

Sampaikan saya saya sanggup tinggal dengan keluarganya lagi tapi disuruh ciom kaki ibubapanya untuk minta maaf saya setuju utk buat semua tu tapi dia tetap mahu ceraikan saya.

Saya buntu fikir semua ni. Stress sangat2, dengan saya tgh pregnant lg. Mcm mana nak kawal stress ni? Macam mana nak move on? Maaf kalau ayat berterabur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *