BERDOSAKAH AKU SEBAGAI BEKAS ISTERINYA. Aku Lina. Berumur 33 tahun. Suamiku Asyraf berumur 36 tahun. Kami sudah berkahwin selama 10 tahun dan dikurniakan 2 orang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan.
Sepanjang 10 tahun bersama suamiku sangat menjaga kebajikan makan minum dan keperluan kami semua dengan gajinya 7k. Sebab itu aku hanya surirumah walaupun ada ijazah. Aku menjaga dan mengurus anak anak dan rumah kami. Aku bersyukur itu.
Cuma 1 hal yang akhirnya menjadi ib4rat barah dalam rumahtangga kami. Asyraf n4fsunya kuat. Aku masih boleh melayannya. Namun tak ku sangka dia suka langgan placcur tempatan di luar sana dari awal perkahwinan hingga sisa perkahwinan kami.
Berulangkali aku minta dia berjanji agar tidak mengulang kembali. Ingat anak dan isteri. Namun dia tetap tidak berubah.
Dan akhirnya pada tahun ke 10 aku meminta cerai darinya. Ya. 5.2.2020. Runtuh sudah mahligai yang kami bina bersama sama. Sedih? Entah. Aku tak tahu. Aku sudah terlalu disakiti.
Aku membawa diri dengan anak anak. Aku mula bekerja menjadi admin di sebuah kilang. Alhamdulillah dengan kelulusan aku walau gaji aku tidak sampai RM2k tapi aku bersyukur. Balik rumah sewa aku buat kerepek hantar kedai.
Aku tau 10 tahun aku dimanja dengan semuanya disediakan Asyraf. Aku redha nasibku. Asyraf pun masih memberi wang nafkah untuk anak anak. Aku bersyukur itu.
Namun kami dikejutkan dengan berita kem4langan Asyraf tepat 3 bulan selepas kami bercerai.
Memandangkan Asyraf tiada ibu dan ayah dan hanya ada adik beradik yang sudah berumahtangga. Akulah bekas isterinya yang menjaganya. Asyraf patah kedua belah kaki.
Aku mengambil keputusan berhenti bekerja kebetulan wabak pendemik sedang merebak. Aku bawa anak anak ke rumah Asyraf kembali. Aku bekas isterinya. Aku tau batas aku. Aku menutup aurat didepannya.
Aku mengurus mandi, makan, pakainya. Berdosakah aku sebagai bekas isterinya mengurus semua itu?? Tanpa sebarang ikatan. Aku taknak ada ikatan dengannya jika dia tidak mahu betul betul berubah.
Anak sulung ku kerap bertanya. Mama, kenapa mama baik lagi dengan ayah.. ayah kan dah buat mama sakit hati? Aku hanya tersenyum dan memberitahu anakku.
Along, itu ayah along.. mama tak salahkan ayah. Mungkin ada silap mama. Along jangan cakap macam tu lagi ye.
Anakku hanya berdiam diri. Aku tak mahu perceraian ku memberi pengaruh terlalu buruk. Aku sedar walaupun begitu masih ada sisa keburukan yang akan tertempias sepanjang anak anak ku membesar. Mereka pasti rindu kasih sayang seorang ayah.
Ohya. Asyraf sangat melarang keras aku dekat dengannya. Aku berdegil kerana aku rasa aku patut menjaga nya. Kasih dan Sayang aku masih untuknya cuma aku tak sanggup ditipu dia lagi itu yang membuatkan aku menuntut perceraian.
Andai dia berubah, aku mahu menerimanya. Kerana aku faham siapakah kita untuk menghukum. Sedangkan manusia berdosa juga layak dimaafkan jika dia ingin berubah.
Untuk Asyraf… saya doakan awak berubah. Saya dan anak anak sayang awak. semua watak bukan nama sebenar