Isu Keluarga

Tapi yang sunggu membuat hati saya terkilan sedih disebabkan adik beradik ipar yang terlampau menunjuk emas masing2

Assalamualaikum min dan semua pembaca. Terlebih dahulu saya mintak semangat dan doakan saya dan keluarga bahagia.  saya tiada masalah dengan suami. kami hidup bahagia walaupon kami bukan orang senang.

Tapi yang membuat hati saya terkilan sedih disebabkan adik beradik ipar yang terlampau menunjuk emas masing2. saya tidak mampu nak membeli. mahupon emas bangkok.  tapi setiap kali saya berkumpul adik beradik ipar mesti mereka bukak topik emas.

suami hadiah la, dapat gaji beli emas la. saya suri rumah sepenuh masa.. saya tahu semua wanita sukakan emas.  saya pon suka saya pon teringin nak dapat seurat emas tapi ada saja yang perlu dibayar. yang membuat saya sedih mereka mesti perli saya.

contoh ayat mereka. ‘ni ha gelang beli la satu. bile tengok terliur pulak. beli la mintak cik abg belikan..saya hanya tunduk berdiam.  dan baru ni pon mereka tunjuk emas.  tapi emas bangkok. mereka pon kata ‘beli la taxkan yang ini pon tak mampu. murah je pon.

kita to cari la duit sendiri jangan nak menghabis duit suami. saya ni terlalu sedih. nak meluah dekat suami lidah kelu. hanya whatsapp je yang mamlu mengeluarkan semua kata2 dari hati.

saya setiap malam berdoa semoga suami saya dimurahkan rezeki. saya tahu dia nak sangat belikan emas untuk saya dan anak perempuan  saya. Saya tiada keluarga sendiri. says hanya sebatang kara.  hari2 saya berdoa semoga allah tarik nyawa saya.

saya taknak suami susah.. taknak orang cakap saya ni isteri menghabis duit suami.  tiap minggu suami bagi duit rm50 untik belanja saya. tapi itu la bukan saya tak simpan. tapi ade yang lebih penting dari yang saya nak..

tolong semua doakan saya dan suami..saya hanya mintak satu. semoga suami saya sihat,dimurahkan rezeki, sebab dia hanya bekerja sendiri..

Leave a Reply

Your email address will not be published.