Isu Keluarga

Masalahnya satu hari tu anak kandung suami pula meragam suami marah tuduh saya pukol anak dia

Assalamualaikum semua. Saya nak tanya. salahkah saya marahkan suami kerana menghalau anak saya iaitu anak tiri dia?anak tiri dia tu ade dsayale xia dan peragai suka buat orang marah.

Suami ni dia usik anak saya bole ajar ejek2 kan orang bole. Tapi bila anak tiri buat kt dia. Dia tak terima. Salu sangat saya tngok bila anak tiri  ni salah sikit mesti kena pukul dengan suami.

Memang la tak kuat. Tapi saya tak suka
Kalau marah tu saya bole terima lgi.
Masalahmya satu hari tu anak kandung suami pula meragam dan suami marah dan tuduh saya pukol anak dia.

Jadi la pertengkaran mulut. Saya jawab ko pukul anak aku bole. Anak ko ni anak aku suka hati aku nak pukul ke tak. Tapi saya tak pukul. Memang anak dia meragam menangis macam kena lepuk.

Baby lgi 10 bulan. Dia kata anak tiri dia kurang ajar tak kan nak biar kan. Jadi saya dengan panas hati trus kata bia la anak tiri ko tu bagi kat orang. Konon2 saya kemas baju anak la.

Datang suami pegi buang baju anak saya  kat luar dan anak anak tengah tido tu dikejut bagun suruh keluar. Saya marah saya kata. rumah yamg dia duduk sekarang pusat zakat bayar tau.

Dal pusat zakat tu ade nama anak tiri dia. kalau tak ade name anak tiri dia tu dia tak kan dapat 1 ape pun bantuan. Jangan la melampau sangat. buang baju tu tak ape. Yang pegi kejut anak tu tengah tido tu kenape.

Esok nye saya keluar rumah bawa semua anak2 saya. Seminggu saya tak ade kat rumah dia tak mencari. Lepas tu dia pergi rumah adik beradik saya. Dia kata anak tiri dia tu punca saya brgduh dengan dia.

Lagi tambah la saya sakit hati dan sekarang saya da failkn cerai. Baru suami meroyan cri saya. wsup saya macam2. Tapi bukan minta maaf lebih kepada maki hamun saya ugot macam2. Persoalan nye. Salah ke saya failkn cerai kerana nak pertahan kan anak saya.

Sebab saya takot benda ni berulang lagi? dan sekarang saya telah belajar dari kesilapan. Ye memang betul tak semua org bole terima anak tiri. Dan 1 lagi ikutkan suami saya ada masa dia elok.

Hantar amik anak skolah itu pun sebab saya suruh. Tapi kena mood dia tak betul..anak saya diam pun dia nak pukol. Entah ape la dia sakit hati sangat. Dalam mata dia tu dia nampak muka anak saya ni macam ejek2 dia.

Saya tahu anak saya ni ade mse memang suka buat muka. Dia tak faham orang tengah penat ke marah ke tak ade mood ke. Dengan saya pun kadang begit. Tak ade la smpai hri2 nak pukol. kalau tambah dengan peragai suami macam ni macam peragai anak saya juga.

Saya tak nak la anak saya jadi mangsa pula. Saya kalau datang stress baran saya. Habis teruk anak saya kena. Jadi nak elakkan bende ni berulang takpela. Tak ade suami pun tak ape.

Leave a Reply

Your email address will not be published.