Aku Seorang Ibu Tiri.Mohon hide kan profile aku admin. Aku berkahwin dengan seorang Duda anak 4, Yang sulung 10 tahun, 8 tahun, 6 tahun dan 4 tahun. Bercerai hidup.
Aku kenal suami aku dia sudah bercerai 4 bulan kalau kalau tak silap.. aku tk adak kena mgena dengan perceraian mereka. tapi sehingga kini aku disalahkan pihak sana yang aku lah puncanya.
Aku bekerja dan suami bekerja. hak penjagaan anak awalnya adalah hak bekas isterinya. 2 tahun selepas itu bekas isteri dapat kerja di KL, dia minta suami aku amik alih hak jagaan.
sementara dia stabil disana. Demi suamiku aku sanggup buat sementara, bukan aku nak menolak sebab aku sedar aku nikah dengan duda anak 4.
urusan nafkah bekas isteri tetap dapat sebab potong dari slip gaji suami terus walaupun anak masih brsama kami sehingga ahrini alasan sebab tak ubah perintah lagi jadi nafkah tak boleh dikeluarkan dari slip gaji. aku masih bersabar dlm segala hal.
Bekas dia pon dah 2 kali berkahwin lain dan bercerai. dan dengar dari anak2 dia bakal nikah smula.. tapi hak penjagaan masih dengannya.
Segalanya berubah selepas 2thn kmi nikah dimana anak2 suami amik anak2 sebab nak tolong bekas dia tu. mungkin keheneak dan rezeki suami nak anak2 bersama dia. aku gembira suami aku gembira tapi akhirnya aku makan hati.
Bila semua tggjwb atas kepala aku, sedangkan bekas isteri suami aku masih ada dan bersenang lenang. 2 kali nikah masih tak ada perasaan nak amik anak2 dia. aku redha bila suami aku dapat anak2 dia.
Aku jaga macam anak sndri pkai baju aku beli., mak aku pon berpesan jaga anak org elok wlupun anak tiri. apa aku makan mereka juga akan mkn..
Masalahnya lama kelamaan tiada lagi keiklasan dalam diri aku kerana suami lebihkan anak2nya sampai aku terabai. makan mnium.. nafkah aku trabai.
untuk pengetahuan rumah didiami sekarang adalah rumah aku sendiri yang dibeli sebelum aku kenal pon suami aku. banyk hal aku tggung dari segi masa, jaga.
kerja rumah. aku jadi pemarah, aku jadi pedemdam. Anak2 nakal.. sebb istiqfar msih dimulut aku jd aku boleh kawal wlupum aku kadang2 mroyan. ya aku belum ada anak sendiri.
lama kelamaan suami aku lebih mendengar cakap anak2ya. aku ta boleh lansung marah, atau tegur, lagi2 kalau depan suamiku. Kalau aku macam tu aku pulak dimarahi.
Setiap kali balik suami akan tanya anak2. makan apa dah? seolah2 aku tak bagi anak2 makan, anak pulak kadang2 buat perangai time aku hidang makanan tak nak makan dsb.
tapi bila papa diowg balik mengadu macam hal. lapar la apa la. apa lagi aku nak buat?
aku percaya perasaan suami aku dengan ex dia dah tak ada tapi perasaan dia untuk anak2 dia lebih dan dia lupa aku isterinya.
aku sedih, aku stress suami aku tak berlaku adil dengan aku dan anak2nya.. semua orang boleh cakap, ala budak2 ja pon, anak dia sndri buat apa nak dengki dan cemburu.
Betul. tapi ni life aku, pernikahan aku aku nak rasa nikmat rumahthga..capa lagi aku nak buat? terus makan hati. aku saja yang rasa dengan apa yang aku lalui sekarang.
mohon doa kawn2 KRT doakan saya diberi kekuatan kesabaran dari peroleh penyakit hati, yang boleh membawa kepada kehancuran rumah tagga saya. saya sayang suami dan anak2 dia. maafkan aku. aku sekadar luah perasaan