Salam semua, saya tiada tempat mengadu dan rasa apa yang saya alami ni terlalu berat. Saya seorang pesakit yang mengidap penyakit yang terpaksa bergantung ubat seumur hidup, bagi saya, selagi saya hidup dan boleh bernafas dengan izin Allah ,dah terlalu bersyukur.
Saya berkahwin dan memiliki seorang anak hasil daripada perkahwinan ini. Min apa yang bakal saya luahkan terlalu berat rasanya sekarang ditambah masalah kesihatan saya setiap hari saya lakukan beberapa pekerjaan bagi menampung hidup demi sara anak saya.
Suami? Suami saya seorang pegawai kerajaan yang mampu segalanya min, pakai kereta mewah,bergaji agak lumayan, dulu saya juga bekerja min,tapi sebab masalah kesihatan saya terpaksa berhenti, nasib saya min, belajar tinggi pun jika diuji dengan kesakitan, sekelip mata hilang semua min.
Min saya bergantung penuh rawatan saya percuma kerana suami saya, adakah sebab itu hak saya dinafikan?? Saya dipergunakan? Saya dianiayai? Suami saya bab nafkah sungguh berkira min, nafkah dia hanya sekadar membelikan beras sepeket 5 kg sebulan, yang lainnya langsung tak ada min, apatahlagi nak beli keperluan barang dapur yang lain min..
setiap hari min sayalah terpaksa cari cara nak tampung perbelanjaan harian n bayaran bulanan bil. bila saya bersuara suami akan ckp saya tak reti bersyukur, hidup saya kerana ihsan dia. min, saya kalau saya sihat saya dah lari min. saya tak nak kehidupan macam ni.
suami bersikap lebih pentingkan keluarganya di kampung,bagi suami tanggungjawab dia pada mak dia dan keluarga dia min sebab mak sayaurga dia.kesian anak saya yang masih kecil dinafikan hak min.
Nak bersuara ,dia akan maki hamun saya, dia akan cakap saya tak cerdik bab agama jadi jangan pertikai semua dia buat. Setiap malam min saya menangis, saya minta pada Allah sihatkam saya min.saya nak pergi jauh min. terlalu banyak penganiayaan yang saya terpaksa hadap min.
saya terkilan kalau bab adik perempuan dia suami mereka buat taktahu, suami saya akan melenting marah sedangkan dia menzalimi isterinya sendiri? Dia selalu cakap pada mak dia nak kejar syurga, sebab itu dia berbuat baik pada mak dan keluarga dia. ( Adik beradik dia).
saya hidup kerana anak saya min, itulah penguat semangat saya min. Mak mertua pulak min, jenis nak macam macam min. Nak barang yang branded. Itu saya tak kisah min kalau suami mampu, tapi sampai kami anak beranak terabai. nak beli baju anak pun takda min.
Boleh dikira. alasan dia anak masih kecil. kadang2 pergi holiday saya yang keluarkan duit, tapi keluarga dia akan persoal, siapa yang keluar belanja semua. Saya masuk wad pun mak mertua siap tanya masa saya di atas katil wad, siapa bayar duit rawatan wad semua.
Syukur walaupun saya sakit min, Allah bg saya kekuatan bekerja walaupun kadang2 saya tak sekuat mana. Sekarang min, saya dah banyak tak bercakap dengan suami, saya buat hal saya dan hanya bercakap benda penting sahaja min. Tak tahulah bila dia akan sedar min, syurga yang dia kejar tak tercapai selagi dia tidak berlaku adil.