Isu Keluarga

Ceritanya malam tadi saya terlepas suara tinggi dengan suami sebab saya serabut sangat dengan barang2 sampah dalam rumah ni.

Salam warga krt. Min, tolong hide profile saya. Maafkan saya kalau dianggap buka aib suami sendiri. Tapi saya tak tahu nak bertanya pada siapa dah. Malu rasanya nak bertanya pada yg kita kenal.

Begini. Suami saya seorang yang sangat2 baik, bertanggungjawab, cuba sedaya upaya untuk penuhi keinginan saya.. walaupun kami tak mewah, dia cuba pastikan segala keperluan saya cukup.

Cuma dia ada 1 masalah yang saya takleh terima adalah sebelum kahwin saya tak tahu oerangai dia macam ni. Lepas kahwin saya pindah masuk rumah ni, terkejut sangat. Segala jenis plastik, kotak2, ada disetiap sudut rumah.

Malah, banyak barangan yang dah lama, dah rosak tapi masih ‘disimpan’. Bila saya cuba  nak kemas, nak buang barang2 yang bagi saya tak perlu ada pun, saya kena marah teruk.

Saya manusia biasa. Saya ingin sangat2 duduk dalam rumah yang bersih, kemas teratur. Saya cemburu sangat bila saja pergi ke rumah orang, cantik susunan rumahnya, bersih. Tapi rumah saya sendiri?

Lepas tu baru tahu dia mengikut perangai keluarganya yg terlalu sayangkan barang. Sampai pinggan/cawan dah sumbing pun masih dipakai.

Plastik2 gula, tepung, bekas yg bngkus makanan masih dsmpan walaupun kalau kita tgk keadaan tu dah lusuh sangat2. Adik beradik suami semua ikut perangai macam tu. Saya penat, bosan. Lagi takut bila anak kami akan ikut jugak perangai suami.

Ceritanya malam tadi saya terlepas suara tinggi dengan suami sebab saya serabut sangat dengan barang2 sampah dalam rumah ni.

Saya ckp kat dia selama ni senyap2 saya buang je barang2 tak guna. Tunggula sikit masa lagi barang2 lain yg lusuh, buruk takleh pakai tu dah takkan ada dalam rumah ni lagi.

Saya tak tahu dia boleh terasa sampai macam tu sekali bila saya cakap. Dia marah. Sangat marah tapi takde sampai tinggikan suara. Saya kata miskin sangat ke kita ni sampai nak simpan lagi benda takleh pakai?

Dia kecik hati saya buang barang2 dia tanpa bagitau. Malam ni dia tinggalkan saya tidur sorang2. Tanda protes.

Berdosa besar ke saya ni? Salah ke saya nak hidup dalam keadaan bersih? Perlu ke saya hidup macma ni sampi hujung nyawa? Sekarang air mata tak berhenti mengalir. Kadang ada timbul rasa menyesal. Tak hargai suami baik. Tapi. saya tak tahu. Perasaan ni dah terlalu sakit.

-isteri berdosa-

Leave a Reply

Your email address will not be published.