Isu Keluarga

Yang saya nak luahkkan sekararg adalah dari mula kawin sampai sekarang isteri saya asyik kantoi chat dengan lelaki lain

Asalamualaikum. Saya nak luah kan perasaan dengan mintak pendapat kat semua. Saya dah berkahwin anak 3 orang. saya umur 30 isteri dekat 30 jugak. Saya dah kawin hampir dekat 9 tahun.

Yang saya nak luahkkan sekararg ni adalah dari mula kawin sampai sekarang isteri asyik kantoi chat dengan lelaki lain. Sekarang ni bile saya bergaduh dengan die family die ingat saya buat hal.

Senang citer sampai sekarang lah saya kerap gaduh dengan kebanyakan pasal lelaki. Die pernah lari ikut family die dekat sebulan die cakap nak tenangkan pikiran.

Saya tak kisah lah satu hari tu saya macam tak sedap hati saya call tak angkat wsp tak rply. Saya buat keputusan pergi rumah family die. Sampai sampai rumah gelap saya panggil semua taknak keluar sampai saya keluar kan perkataan kesat barulah family die keluar.

saya tanya mana isteri saya family die cakap tak tahu. Family die cakap nak buat repot pasal saya buat kecoh. Saya sikit pun tak takut apa. Pasal saya nak tahu mana isteri saya risau sebab die perempuan.

Nak jadi kan cerita sampai je balai saya bertekak dengan family die. Tuhan nak tunjuk kan sekejap je. rupa rupa nye keluar dengan lelaki lain tapi family family dia cover.

Tuhan je yg tahu pedih nye hati saya masa tu. Saya ni sampai sanggup malu kan batang hidung saya sendiri sebab nak jaga marua isteri saya tapi ade lagi yang buat saya betul betul tak boleh terima.

Baru baru ni die kantoi skendel dengan perkerja datok dan pada masa yang sama tuhan nak tunjuk kan isteri saya dah pernah terlanjur dengan lelaki tu dan die mengaku kat saya sekali je itu pun main dekat rumah lelaki tu.

Tuan tuan rase apa yang jadi kat hati saya. Sekarang ni saya tak lepas kan die. Saya masih boleh terima sebab saya sayang isteri saya saya tengok die macam tak buat salah apa apa.

Mana pergi sikap kemanusiaan. sekarang ni saya betul betul tak boleh nak tahan. Orang yang saya percaya sayang sanggup buat macam tu. saya nak mintak pendapat tuan puan, apa yang perlu saya lakukan.

Saya nak hidup tenang saya dah tak sanggup hidup dengan pikir benda terkutuk tu. Apa yang perlu saya buat sekarang ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published.