Isu Keluarga

Ceritanya kelmarin saya dah dapat kelulusan KWSP ISinar RM10 ribu tapi tak diduga semalam suami saya cakap dengan saya dia sakit

Assalamualaikum warga krt dan admin. Saya nak luahkan perasaan. Saya rasa berbelah bagi dan serbaneka dengan masalah suami dan kehendak saya. Saya dah lama menjadi surirumah sejak berkahwin.

Hampir 20 tahun saya sudah berhenti bekerja di sebuah kilang. Suami kerja biasa saja. Ceritanya kelmarin saya dah dapat kelulusan KWSP ISinar RM10 ribu tapi tak diduga semalam suami saya cakap dengan saya dia sakit.

Dia kata dia ada masalah dan masalah apa entah yang perlukan duit RM10K kos rawatan. Saya cakap sejak bila sakit, dia cakap dah lama dah tapi baru baru ni je kawan dia sahkan. Dia kata kawan dia tu seorang doktor pakar.

Saya cakap takpelah bang, dah nasib, nak buat camne. Saya simpati dengan masalah suami saya, saya cakap kalau tak cukup 10 ribu tu saya jual kereta Iswara yang saya beli sejak anak dare dulu.

Dia kata takpe takyah jual tu kereta saya untuk kemana mana. Saya pikir betul juga. Saya nak teman dia masa buat rawatan nanti, dia kata jangan teman sebab penyakit dia boleh berjangkit.

Saya pun takleh nak kata apa, dah suami tak izinkan, saya akur. Dia kata doctor kat Malaysia takde yang pakar masalah dia, yang paling dekat kat seberang.

Saya macam pelik jugak punyalah banyak doctor pakar Malaysia takkan satu pun tak ada yang boleh ranwat. Dia kata ada tapi kebanyakkan swasta, mahal. Habis tu yang kat seberang tu? Dia kata kerajaan. Ok lah apa nak buat kan.

Sebenarnya saya dah lama plan duit 10 ribu tu untuk niaga kecil kecilan tapi saya pun perlu berkorban demi suami, kunci syurga saya. Harap saya ditabahkan dan dimurahkan rezeki. Mohon hide fb saya min.

Leave a Reply

Your email address will not be published.