Isu Keluarga

Yang lebih menyedihkan kebiasaannya saya bagi dia duit rm50 sehari siap saya masukkan dalam dompet dia stiap hari

Assalamualaikum admin, terima kasih memberi ruang untuk saya meluahkan rasa hati yang terlalu lama saya pendam. Saya mempunyai suami kerja swasta, makan gaji sebulan sekali manakala saya pula berniaga online income harian alhamdulilah.

Saya mempunyai 4 orang anak yang semuanya bersekolah dan saya juga mempunyai tanggungan orang tua saya yang tidak mampu lg bkerja.

Masalah saya ialah setiap kali husband saya dapat gaji dia hanya melepaskan diri sendiri, tiada nafkah untuk saya dan anak2 sebab bg dia saya ada duit sendiri. Dia cuma bayar bil api air, beli barang dapur yang habis shj cntoh kalau sabun shampoo hbis, itu ajelah yang dia beli.

Anak2 punya belanja sekolah saya yang tanggung. Contoh anak2 belanja sehari rm5 untuk makan dan minum, sekolah pagi dan ptg. Kalau 4 orang sehari rm20. Ni bukan zaman dlu bawak belanja rm1/rm2 sudah ckup smua pun dah mhal skrg.

Kadang2 nak berjimat saya masak bekal untuk anakĀ² tapi saya kelam kabut pagi2 nak masak bekal, pagi2 nak urus anak2 smua sekolah rendah lg anak saya rapat2 setahun satu.

Stiap hari jugak saya kena beli lauk basah macam ayam ikan untuk makan sekeluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami saya sediakan makan minum kami.

Yang lebih menyedihkan adalah suami hanya ada duit seminggu sahaja dari hari gajinya lepastu sepanjang nak tunggu sebulan saya yang kena bagi suami duit untuk dia pergi kerja, duit dia makan,duit minyak motor/ kereta, duit rkok dia saya yang kena sediakan.

Sehari saya bg rm50 habis, dan kebiasaannya saya bg dia rm30 sehari. Saya masukkan dlm dompet dia stiap hari. Suami tiada hutang besar, dia cuma bayar ansuran motor rm180 dengan kereta rm360 total gaji bersih suami dlm rm2300 sebulan.

Saya tak tahu mana pergi gaji suami, dia bukan jnis keluar malam, melepak ke apa, dia balik kerja terus balik rumah tapi saya betul2 tertekan bila semua beban atas bahu saya. Saya hidup sperti tiada suami sebab semua tanggungjawab atas bahu saya.

Saya busy dengan kerja saya cod barang sana sini, pos barang2. kalau saya tak kerja keras, dapur tak berasap. Anak2 saya nak makan apa, mak ayah saya nak makan apa. suami hanya lepaskn diri sndiri, bukan tak ada komunikasi antara kami tapi saya dah letih.

Dulu saya ikhlas tolong dia tapi skrg hati saya sakit, rasa ikhlas tu dah lama hilang sebab suami abaikan tanggjwb dia. bila tnya kemana pergi gaji, jawapan tolong bayaar bil2 rumah mertua. Saya ni isteri dia mana hak saya, bila saya sakit saya tak boleh cod barang langsung takde income msuk.

dia nak kerja pun takde duit, rumah takde brg makan, anak2 sekolah takde duit, barang2 kemas hbis dah saya pajak nak isi perut kami anak beranak. Tapi suami tetap perangai macam tu, selfish.

Dia dah terbiasa saya sediakan semua bila saya sakit huru hara hidup kami anak beranak. Apa saya perlu buat dengan suami macam ni. Tolong lah saya

Leave a Reply

Your email address will not be published.