Assalamualaikum admin sebelum nya hide kan profil saya ye. Saya nak minta pendapat dan nasihat kepada sesiapa yang baca status saya ini.
Sebenarnya saya tidak pasti kalau perkahwinan ke2 saya ni sah ke tidak sah memandangkan saya menikah di sempadan.
Situasinya begini masa saya berkahwin ke2 ni saya masih berstatus isteri orang dalam proses perceraian tapi belum ditentukan makhamah lagi.
tapi sedar tak sedar saya dah jadi isteri ke 2 kepada lelaki tu. sekarang saya dan suami ni da tak duduk besama kerana saya bru tahu yang pernikahan kami hanya atas kertas sahaja.
Sepanjang saya jd isteri ke2 saya baru melahirkan ankĀ kepada suami yang baru ni dan usia ank saya 1 tahun dan surat beranak nya tiada maklumat bapa.
Cuma sekrang saya terpangil untuk berkongsi ape yang saya rasa hidup rumah tangga dalam tanda tanya ?? Adakah saya telah bermaks!at selama jd isteri ke2?
Ape hukum isteri belom bercerai tapi telah menikah gan laki lain? Tolong admin bantu ku untuk saya lepas belenggu selama 2 tahun ini.. terima kasih admin..