Isu Keluarga

Ceritanya pada penghujung 2019 berlakunya konflik dalam rumahtangga kami dimana bekas isteri kantoi WhatsApp bersayang sayang dgn lelaki

Salam admin, saya cuma nak berkongsi kisah yang dihadapi dalam rumahtangga saya dlu, berkahwin pada 2016 dan dikurniakan 2 org cahaya mata,

Ceritanya bermula pada penghujung 2019 berlakunya konflik dalam rumahtangga kami dimana dia kantoi WhatsApp bersayang sayang dgn lelaki lain ditempat kerjanya,

Sepanjang Dec 2019 hingga February 2020 pelbagai cara aku lakukan utk elak darpada terjadinya penceraian ni, tapi dia tetap nekad utk bercerai dan bercerai pada Mac 2020.

Aku terpaksa juga lepaskan atas sebab tak ingin melihat dia membuat perkara yang tak diingini, terpaksa akur dengan keputusannya. Bulan 3 2020, telah jatuh talak aku kepadanya, dalam keadaan aku menangis2 melafazkan tetapi cuba kuatkan diri.

Pada bulan ramadhan, bekas isteri meluahkan perasaan ingin kembali semula bersama aku oleh sebab rindukan aku. Kalau diikutkan hati aku sendiri memang susah aku nak lupakan apa yang dia dah buat pada aku,

tetapi aku terpaksa ketepikan ego aku demi anak2 aku, aku cuba terimanya semula tapi skrg masih belum rujuk balik. Tapi dalam hati aku ni, macam ada rasa berbelah bahagi untuk terima atau tak.

kadang2 rasa boleh terima semula, tapi kadang2 dia akan dtg perasaan yang membuatkan aku teringat benda2 yang dah dia buat pada aku dlu.

Jujur aku cakap, mmg aku masih sayangkan dia sbb dia adalah ibu kpd anak2 aku, tapi antara aku dgn dia tu, macam ada perasaan was2.  tak yakin, mmg aku dah maafkan dia, tapi benda² tu susah utk aku lupakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *