Salam admin dan warga krt. Kalau sudi siarkan la cerita saya. Saya perlu dengar pendapat warga krt tentang masalah saya.
Saya baru berkahwin dan alhamdulillah sah mengandung beberapa minggu lepas berkahwin.
Saya dapat suami baik, keluarga dua pihak pun semua harmoni alhamdulillah. Masalah saya cuma di tempat kerja. Sebelum tu saya nak bagitahu suami belum bekerja tetap tapi ada pendapatan sampingan. Saya pula kerja biasa sahaja.
Masalah saya di tempat kerja ada suami orang selalu kacau saya ceritanya masa saya pregnant ni dia suka ambil kesempatan sentuh perut saya. Dari sebelum saya berkahwin lagi dia memang suka sentuh2 contohnya pura2 tersentuh tangan bila saya bagi apa2 barang/file dekat dia.
Kiranya saya kena gangguan di tempat kerja. Satu kelemahan saya, saya tidak dapat bersuara ketika dia ganggu saya. Saya staff baru (belum sampai dua tahun), dia pula staff lama (lebih 10 tahun bekerja) dan satu pejabat tahu dia orang yang alim.
Tapi hakikatnya saya yang diganggu ni ja tahu apa dia buat. Saya terfikir untuk berhenti kerja tapi saya risau dengan kewangan kami suami isteri. Lagipun kedua belah keluarga mesti x setuju kalau saya pilih utk berhenti kerja. Apa tindakan yang perlu saya buat untuk atasi masalah ni.