Isu Keluarga

Dua tahun kemudian sekali lagi saya mengandung anak ketiga tapi keadaan jadi lebih teruk dimana suami bermesej dengan kawan lama dia seorg perempuan

Assalam. Admin. saya nak luahkan perasaan saya. dlu saya pengomen tegar page ni kemudian saya terima teguran dari kawan2 sepejabat yang marahkan saya sebab katanya saya menyibuk hal rumahtangga orang..

sekarang ni, saya pula nak meluah. macam ni, ia berkaitan dengan suami saya.. saya seorg pekerja kerajaan dan suami saya bekerja kilang kayu (swasta) sepanjang tempoh perkahwinan selama 10tahun, kami dikurniakan 3 org anak perempuan..

masalah saya sebenarnya bermula sejak kami pindah ke rumah sendiri.. pada masa tu, gaji saya hanya tinggal beberapa ratus sahaja selepas tolak komitmen termasuk byrn rumah.. beberapa bulan kami tggl disitu, saya disahkan hamil anak ke2.

Pada masa tu, suami sangat happy sebab 5tahun dia tggu utk kami punya anak ke2.. tp saya agak stress dan risau, mcmana nak besarkan anak dgn baki gaji yang ada..
dalam tempoh awal mengandung, semuanya baik sahaja..

sehinggalah suami kerap pergi memancing waktu malam terutama apabila hari cuti.. dalam dia memancing, macam2 jenis ikan termasuk udang dia bawa balik utk saya dan anak makan.. tp sebaliknya, dia sebenarnya sibuk berwechat dengan minah entah siapa siapa..

satu pagi subuh, Allah nak tunjuk, pada ketika tu kandungan saya dh nak sampai 8 bulan, pkul 1-2 pg dia belum balik, saya pun tertidur sambil tggu dia.. dlm pkul 5pg, saya tersedar sebab terasa ada tubuh menghimpit sebelah saya..

dan atas dada suami pada ketika itu ada telefon dia.. terdetik hati saya, nak tengok telefon tu, dan alangkah terkejutnya saya bila baca mesej2 dia dengan perempuan2.. sedih pilu hanya Allah yang tahu.. saya pun senyap2 keluar dari bilik dan screenshot, dan send ke wasap saya.

tengah screenshot bukti, tiba2 suami bangun dan rampas telefon tu dari saya.. saya menangis dan kami bergaduh.. dia delete semua bukti screenshot dan selepas tu dia buat password pada wechat dia dan pada handphone dia.

hari itu saya mmg minta cerai kerana sudah tidak sabar dengan perangai dia dan terasa amat sedih.. pagi tu saya keluar bekerja spt biasa dan petang saya tak pulang.. sehinggalah dia mesej merayu saya pulang.

Pada awal kehamilan saya pun, pernah juga kami bergaduh sebab perempuan lain, ditolaknya saya dan ditamparnya saya sampai patah gigi saya. Pada masa tu, saya sedang terima rawatan dari doktor pakar gigi untuk pemasangan braces.

Belum pun tiba hari appt, saya terpaksa call doktor untuk percepatkan disebabkan gigi saya patah. doktor ada bertanya mcmana boleh patah, tp saya cuma cakap, anak saya ketuk dengan permainan keras dan terkena gigi. (gigi itu sbnrnya sudah goyang dan ada tahap gred goyang.

masih boleh diselamatkan jika tak terkena hentakan keras). Dipendekkan cerita saya tetap beri peluang pada suami walaupun suami masih melayan wechat, pernah juga kantoi masa hari raya aidiladha beraya di rumah keluarga saya, pagi raya tu, saya baca wechat dari seorg perempuan, mengucapkan selamat hari raya dan tanya raya dimana..

Dan saya balas bg pihak suami, raya di sekian2, di rumah mertua.. lepas tu perempuan tu blocked suami.. suami pelik tp dia tak bertanya saya.. tp kantoi bila saya baca dia mesej perempuan tu balik bertanya kenapa perempuan tu tal balas lg mesej dia..

kemuncaknya ialah pada subuh itulaa..
<span;>bila kandungan saya dh cecah ke 9 bulan saya tegur suami, persiapan baju anak2 pun takde dibuat, persiapan diri saya pun takde.. bila2 masa saja saya boleh melahirkan, dia tetap buat endah tak endah. penyudahnya, adik saya yg banyak bantu.

saya bersalin secara caesaerian sebab anak kami besar, lebih 4kg, (luar jangka).. suami tak izinkan saya berpantang di rumah mama saya, sebab mama tak berapa sihat dan tak kuat utk jaga saya dan anak.. tp dia pun cuma ambil cuti hanya beberapa hari sahaja utk uruskan saya..

masa saya di hospital pun, dia tak bercuti, dia hanya jenguk saya waktu rehat sahaja.. anak saya yg sulung, adik saya yg uruskan..
bermulalah episod saya berpantang di rumah sendiri..sayalah yang mandikan anak, saya juga uruskan diri sendiri..

suami takde inisiatif utk smbung cuti.. ikan saya bakar sendiri, suami hanya sediakan garam+kunyit dan masak nasik. pinggan mangkuk kain baju saya tinggalkan sebab tak berdaya. tp sebaik habis sahaja tempoh saya berpantang, semuanya kembali to normal semula..

semua saya uruskan.. drpd urusan anak sekolah.. hgga ke urusan bawa anak ke klinik. sebab itu saya enggan sebenarnya utk tambah anak sebab saya tak bersedia dgn keadaan kewangan pada masa itu dan dengan sikap suami yang langsung tak membantu..

baik dr persediaan menyambut kelahiran anak shgga anak lahir pun. Dua tahun kemudian sekali lagi saya mengandung anak ketiga tapi keadaan lebih teruk dimana suami bermesej dengan kawan lama dia seorg perempuan..

mesej bermesra mesra. Bila terkantoi, perempuan tu marahkan saya sebab katanya saya cemburu buta.. saya pun marahkan suami juga.. sebab tak habis2 dengan perangai dia.. bila saya korek gali lagi, rupanya perempuan tu cari suami sebab nak tuntut hutang lama..

perempuan tu tak puas hati dengan saya, kmdn dia marahkan suami saya dan kantoikan suami pasal hutang lama.. bila jd mcmtu, suami blocked perempuan tu dlm fb.. saya marah suami saya, dan minta suami selesaikan hutang tu.. tp tetap tak selesai..

keadaan makin keruh bila perempuan tu aibkan saya dan suami dlm fb.. dia cakap saya cemburu buta.. suami pula berhutang tak bayar.. jadi saya selesaikan hutang suami dgn harapan suami byr balik pd saya. tp apa yg berlaku?

suami tak bayar dan selepas selesai hutang suami unblocked perempuan tu dan secara tak langsung hubungan mereka baik semula.. tp saya? saya dan suami dingin, malah perempuan tu tetap juga bermesej mesra dgn suami, dan saya tetaplah makan hati..

bila saya marah dlm fb, suami terus unfriend saya sbb suami marah bila saya komen pd status dia dimana perempuan tu ada komen juga.. sedih sgt hati saya. ni kali kedua suami perlakukan saya mcmni dlm fb.

kali pertama dlu, suami unfriend saya sbb saya marah ex gf suami sbb masih bermesej dgn suami saya sdgkan ex gf pun sudah berkahwin..

utk makluman, perempuan kedua tu pun sudah berkahwin. so soalan saya pd mereka, in what purposed dok mesej suami saya ni? suami saya pulak jenis melayan.. tp kedua2 perempuan tu marahkan saya..

lagi sadis, perempuan pertama hina rupa saya yang tak berapa cantik.. tp suami pertahankan dia berbanding saya.. sedih sgt saya.. pada masa kejadian pertama tu, saya dan suami baru berkahwin dan sudah ada anak pertama..

sekarang ni, anak ketiga saya dh berusia 2tahun lebih.. drpd dia lahir sehingga sekarang, semua urusan anak2 saya yg uruskan. anak sakit, anak demam, anak cucuk, hal2 sekolah anak.. baju baju anak. semua saya yg beli dan uruskan..

Bila saya minta duit dengan suami, dia hanya diam..walaupun dia ada duit lebih.. sepanjang perkahwinan, saya tak pernah dihargai suami.. tak pernah dia belikan saya hadiah, brg kemas, baju2 harian pun takde dibeli.. semua atas usaha saya sendiri..

sepanjang gaji saya tggl beratus2 tu, mcm2 usaha saya jual brg kosmetik, walaupun sekadar dropship, walaupun saya ditendang sebab takde sales, saya usaha jual brg lain, ada juga suntikan modal dr adik saya utk jual cadar.. pun saya jual..

Ada juga saya jual kerepek2 kawan2.. pendek kata apa yg mendatangkan duit saya usaha demi kelangsungan hidup saya dan anak2.. suami hanya bayar bhgn dia sahaja.. selebihnya, pandai2 saya la nak hidup..

sekarang, hidup saya makin tertekan.. bila ada masalah, suami langsung tak membantu.. tp bila dia ada masalah, saya kena bantu dia..

pasal urusan anak2 drpd dalam rumah, anak mandi ke makan ke berak ke, apa jela, semua saya yang kena fikir.. jangan cakap saya tak minta tolong.. jangan cakap saya tak guna pendekatan ckp baik2.. semua saya dh guna tp lekat la dalam kepala dia sehari dua, lepas tu saya lah semuanya.  lelah  letih sngat2..

saya pernah mengadu pada ipar duai.. mula2 diorg dengarlah, lama2 diorg muak sebab seolah olah saya cerita keburukan abang dia je.. walhal mmg itulah yg berlaku pun.. mertua saya pun begitu..

saya cerita dengan niat minta mertua nasihatkan anaknya.. tp kmdn saya pulak yang kena balik.. AllahuAkbar..

bayangkanlah dua tahun lepas, adik saya sakit kans€r, sepanjang sakit, lgsg suami takde inisiatif utk menjenguk.. pada hari adik meninggal sahaja dia dtg, itupun sebab kebumi di kg halaman kami adik inilah yang sering membantu menanggung urusan anak2 saya.. dia pun dah tiada..

kemudian takdir diuji lagi, abah saya warded sebulan lebih dlm hosp pun sama, suami takde balik menjenguk. alasan dia, kerja kerja kerja…

diuji lagi sekali, mama saya sakit, dan sepanjang mama sakit, pun sama, takde inisiatif suami utk pulang menjenguk.. hingga mama saya nazak, hari pertama saya pujuk suami ikut jenguk di hospital, suami ikut..

esoknya, keadaan mama masih sama.. dia dah nak balik bekerja katanya.. saya marah sangat.. tp dia tetap dgn keputusan dia, jd dia balik juga malam tu.. hari ketiga, pagi, mama saya menghembuskan nafas terakhir..

dan kerana dia dh balik ke rumah kami, saya terpaksa sggh ambil dia pula utk urusan jenazah kali terakhir di masjid dan kubur.. kecewa saya dgn suami saya, Allah sahaja yang tahu..

awal tahun, suami dibuang kerja dan bulan berikutnya dia dpt kerja lain, tp dah takde lg bonus raya cina, takde lg bonus raya aidilfitri sebagaimana yg dia sering dpt dr majikan lama..

saya langsung tak terkilan sebab selama di dpt selama ni, takde langsung duit tu utk bahagian saya dan anak2.. saya jangan tanya atau cuba2 rancang duit dia, kalau saya buka mulut, pasti saya dimaki hamun..

sekarang ni, hubungan kami sangat2 dingin.. kami tidur berasingan.. dia cuma datang waktu dia berkeinginan sahaja..
saya pun dalam proses nak bercerai, tp dia taknak lepaskan saya.. tolong bantu saya..

saya sekarang sangat2 tertekan.. suami dh blocked saya dr fb sbb dia xnk saya kantoikan perangai dia. saya hari2 balik kerja dlm keadaan penat dan bertambah penat dgn perangai dia dan ragam anak2..

dia hanya membatu.. takde komunikasi.. takde perbincangan.. semuanya hanya berakhir dengan dia mendiamkan diri.. atau dengan pergaduhan yg hanya saya sahaja yg marah2.. tp dia tetap membatukan diri..

utk apa saya ada suami mcmtu? utk apa dia terus tggu saya jika hanya sekadar nak mempergunakan saya?.dia selalu ckp saya gila.. tp kenapa yg gila ni dia taknak talakkan?

terima kasih admin sudi baca kisah saya.. saya harap sgt admin post kisah ni.. sebab saya nak baca komen2 rakan2 terutama seseorg lelaki yg tegar dlm page ni satu masa dlu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *