Isu Keluarga

Aku tak ingat berapa kali suami kantoi curang tapi yang paling aku ingat  mase aku mengandung anak ketiga

Assalamualaikum. Tolong hide profile ya min. Tahun ni masuk tahun ke 12 usia rumahtangga aku dan suami. Awal2 perkahwinan aku diuji dengan suami selalu bercinta dengan perempuan lain sampaikan aku pernah dimaki oleh perempuan tu tak pandai jaga laki.

tapi aku tetap pertahankan rumahtangga walau hati aku sakit dan terluka. Aku dlm kategori isteri yang kurang serba serbi, aku bukan isteri yang cantik, ramping mcm skandel2 dia.

Aku tak ingat berapa kali suami kantoi curang tapi yang paling aku ingat  mase aku mengandung anak ketiga dia bercinta dengan bekas kekasih dia yang masih lagi berstatus isteri orang, aku masih lagi berjuang pertahankan rumahtangga aku.

Suami aku seorang yang mulut lepas, panas baran suka maki hamun anak2 dengan kata2 kasar smpai kdg2 aku yang terasa sampai menangis tengok reaksi anak2.

sejak2 akhir2 ni aku perasan hati aku dah tawar dengan dia dan aku selalu persoalkan knp sblm ni setiap kali dia curang, aku pertahankan. Kenapa aku tak lepaskan je dia. Sebab skrg aku btul2 pasti aku dah takde hati kat dia dan selalu berdoa supaya dia jumpa orang lain dan kali ni aku takkan lemah lagi.

Bukan sebab aku jumpa yang lain, tak. Aku rasa sebab terlalu byk kesakitan yang dia bagi pada aku dan anak2. Aku tak sanggup tengok anak2 asyik kena marah, tak bebas dan seronok mcm kanak2 lain, aku lebih memilih anak2 aku dari dia sebab masa die tggalkan aku malam2 utk jmpe skandel die dulu pn, aku ada anak2 je. Aku dh jemu.

Dari awal kawen, dia sllu maki aku, masa tu aku hanya nangis, tapi skrg aku lawan balik, aku sanggup bertekak kalau dia maki aku mcm2,mmg nampak die dh slow down tapi tak bermakna bg aku.

Aku dan anak2 seronok bila dia takde, kadang aku jatuh kesian tp aku kuatkan hati. Dengan family aku pn baru skrg nak rapat, kalau dulu balik umah mak aku pn taknak, adik brdik aku tak qde yang elok pd mata dia.

Bila skrg aku tak bertegur dengan dia, selalu terdetik knplaa masa dia selalu buat perangai dulu, aku tak mcm sekarang. Aku cuma mampu pujuk hati, kalau aku sekuat skrg, aku takkan ada anak2 yang skrg jd penyejuk mata aku.

Ada betul kata2 bertahan sebab anak2 sbb anak yang bongsu rapat dengan dia. Tu je luahan aku,xaku luah kt sini je sbb taknak bebankan mak ayah aku dengan mslh aku. biar diorang npk aku gembira je. terima kasih..

Leave a Reply

Your email address will not be published.