Isu Keluarga

Yang menjadi masalah sekarang ini adalah bekas isteri pasangan saya untuk pengetahuan semua saya berkenalan dengan suami pun setelah dia dan bekas isteri berpisa

Salam admin tlg hide nama saya ye.
Untuk pengetahuan warga KRT sekalian sebelum ni saya seorang janda anak 1. Dan pada tahun lepas saya telah dijodohkan dengan seorang duda yang ada anak.

Nak dijadikan cerita saya sudah pun berkahwin dengan duda tersebut. Alhamdulillah saya bahagia saya dan suami saling menerima anak masing-masing.

Yang menjadi masalah sekarang ini adalah bekas isteri pasangan saya untuk pengetahuan semua saya berkenalan dengan suami pun setelah dia dan bekas isteri berpisah.

Tetapi bekas isteri bercerita sana sini kata tak sangka bekas suami secepat ini dapat pengganti dan lain lain fitnah yang dia sebarkan pasal saya dan suami.

Untuk pengetahuan warga KRT anak saya memang duduk dengan saya dan suami. Tapi anak suami dalam seminggu akan duduk dengan kami 5hari macam tu.

Setiap bulan suami akan jalankan tanggungjawab membeli barang-barang keperluan rumah untuk diberi kepada bekas isteri. Bekas isteri suami saya akan claim apa pun yang dia beli dia akan gunakan alasan anak.

Walaupun kalau tengok resit memang sah-sah untuk keperluan dia sendiri. Senang cerita asal dia boleh claim dia akan claim. Tetapi bekas isteri masih tak puas hati menjaja cerita suami saya tak pernah bagi nafkah dan sebagainya.

Segala sakit demam anak memang suami saya akan tanggung. Waktu saya baru kahwin dia selalu whatsapp suami saya untuk membayar bil telefon kegunaan dia.

Rasanya patut tak sebagai bekas isteri tapi buat suami saya macam masih suami dia. Dia minta suami bayarkan sewa rumah, bil hp, bil elektrik dan air.

Patut tak patut? Dia memang akan guna alasan sebab anak duduk dengan dia padahal anak akan duduk dengan dia 1-2 hari sahaja dalam seminggu.

Jadi daripada saya bergaduh dengan suami baik saya pesan kt bekas isteri apa-apa urusan anak biarlah melalui saya. Salah lagi ke saya buat macam tu? Dia cakap saya menyebok urusan dia.

Allahu taktau mana tang menyebok tu. Saya bukan queen control tapi dia patut bersyukur tak semua lelaki ada sifat tanggungjawab selepas bercerai.

Saya tak ambik pusing sangat apa yang dia nk jaja cerita kat orang tapi yang menjadi saya rasa nak ketuk dia bila dia suruh saya pegi sekolah balik dengan alasan saya tegur dia supaya jangan ganggu suami saya lagi semua urusan anak boleh whatsapp terus ke saya.

Dia yang menggelupur maybe tak boleh dah nak minta macam macam dengan suami saya lepasni kalau apa apa urusan kena melalui saya.

Saya jadi geram dengan cara dia. Dahlah dengan anak sendiri pun berkira walaupun sesen. Allahu saya pun pernah jadi seorang ibu tunggal tanpa nafkah sesen pun tak pernah lagi saya tak bagi anak saya makan minum walaupun bekas suami memang tak bagi nafkah.

Dia tak habis habis meminta Allahu kalau saya malu sangat mengemis macamtu. Berdiri lah atas kaki sendiri walaupun mungkin sebelum ni tak biasa berdikari sekarang dah jadi ibu tunggal kena lagi kuat.

Sekarang anak suami pdpr memang ada hp sendiri tapi bekas isteri suami saya masih tak menghormati keputusan saya tetap minta anak untuk pesan kt suami untuk beli itu dan ini.

Saya sekarang lebih banyak mendengar dan memerhati je. Apa permintaan dia yang tak perlu memang saya takkan bagi. Mostly lebih kepada kepentingan diri dia macam contoh dia nak suruh suami saya belikan wifi untuk rumah dia. Jika warga KRT di tempat saya apa perlu saya buat?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *